KUALA LUMPUR: Bekas Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa Amerika Syarikat (AS) agar mengheret Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Jelasnya, Netanyahu adalah pengganas perang yang sebenar dan seharusnya dibawa ke muka pengadilan.
"Yang penting supaya orang seperti Benjamin Netanyahu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya boleh diadili sebagai seorang penjenayah dan pengganas perang," jelasnya.
Tegas Khairy, rakyat Palestin perlu mendapat hak negara mereka sendiri dan bukan melalui penyelesaian dua negara di bawah penjanjian Oslo yang disifatkan sebagai pembohongan semata-mata.
"Kita gesa supaya Palestin mempunyai negara berdaulat, bermaruah... bukan proses two state solution yang bohong selama ini. Ini pembohongan paling besar.
"Bantahan dan demonstrasi di Kuala Lumpur dan seluruh dunia bukan hanya (dalam kalangan) umat Islam malah umat di seluruh dunia yang cintakan keamanan dan ingin melihat rakyat Palestin tidak dizalimi lagi.
"Ini akan diteruskan setiap hari, setiap minggu sehingga beberapa perkara berlaku sepertimana kita desak," katanya lagi.
Serah memorandum
Terdahulu, Khairy bersama Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan AS pada Jumaat.
Menurut Mukhriz, memorandum itu bagi mendesak sekeras-kerasnya terhadap sokongan AS kepada Israel.
Tegasnya, sokongan AS terutama melibatkan bantuan senjata perlu dihentikan serta-merta.
"Kita telah hantar memorandum kepada AS untuk mendesak tarik balik sokongan mereka terhadap Israel.
"Sokongan itu bukan hanya sokongan moral, malah bekalan senjata yang digunakan untuk membunuh begitu ramai rakyat di Gaza.
"Kita membuktikan Palestin tidak dilupai oleh Malaysia. Hari ini ramai rakyat Malaysia berhimpun bersatu hati menyatakan bantahan keras kita kepada Israel Zionis dan AS," jelasnya.
Jelasnya, memorandum berkenaan turut menuntut agar jenayah perang dilakukan Israel dihentikan serta-merta, menghentikan laporan berat sebelah oleh media antarabangsa, menghentikan operasi ketenteraan di Gaza dan memberi bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk Palestin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Demonstrasi Solidariti Palestin anjuran beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhampiran Kedutaan AS di ibu negara yang dihadiri lebih 500 orang pada Jumaat.
Fareez Azman
Fri Oct 20 2023
![Solidariti Palestin: Benjamin Netanyahu pengganas perang, perlu dihadapkan ke ICC - Khairy Solidariti Palestin: Benjamin Netanyahu pengganas perang, perlu dihadapkan ke ICC - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697805998_KhairyJamaluddinM.jpg)
Khairy menggesa supaya Palestin mempunyai negara berdaulat dan bermaruah, bukan proses 'two state solution' yang bohong selama ini. - Bernama
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sertai Sukan Olimpik Paris 'sudah pun menang' - Perenang Palestin Sertai Sukan Olimpik Paris 'sudah pun menang' - Perenang Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721957695_YazanAlBawwab.jpg)
Sertai Sukan Olimpik Paris 'sudah pun menang' - Perenang Palestin
Pemuda Palestin berusia 24 tahun itu akan bertanding dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki di Sukan Olimpik Paris.
![Kekejaman Zionis: PBB perlu dirawat oleh 'doktor gigi', lakukan reformasi Kekejaman Zionis: PBB perlu dirawat oleh 'doktor gigi', lakukan reformasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721908506_TBDialog.jpg)
Kekejaman Zionis: PBB perlu dirawat oleh 'doktor gigi', lakukan reformasi
Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr. Hans-Christof Von Sponeck, menegaskan PBB memerlukan reformasi struktur asas dan sistematik.
![Olimpik Paris: Lagu kebangsaan, atlet Israel diejek Olimpik Paris: Lagu kebangsaan, atlet Israel diejek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721881229_perlawananbolasepa.jpg)
Olimpik Paris: Lagu kebangsaan, atlet Israel diejek
Olimpik Paris: Lagu kebangsaan, atlet Israel diejek
![ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653325874_TBRAIS.jpg)
ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.
![Wilayah Palestin yang diduduki akan dilindungi dan dihormati - ICJ Wilayah Palestin yang diduduki akan dilindungi dan dihormati - ICJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721426555_WorldCourtIsraelP.jpg)
Wilayah Palestin yang diduduki akan dilindungi dan dihormati - ICJ
ICJ berkata "perlindungan yang ditawarkan oleh Konvensyen Hak Asasi Manusia tidak berhenti dalam kes konflik bersenjata atau pendudukan."
![Malaysia alu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai isu Palestin Malaysia alu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai isu Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia alu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai isu Palestin
Kementerian Luar berkata, keputusan ICJ ini mengesahkan hujah perundangan Malaysia yang dibentangkan Datuk Seri Mohamad Hasan 22 Feb lalu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717667876_ICJ.jpg)
Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini
Satu pendengaran awam akan diadakan pada 3 petang di Peace Palace di The Hague di mana Hakim Nawaf Salam, Presiden Mahkamah akan membacakan Pendapat Nasihat itu.
![Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin
Serangan pada Sabtu mengorbankan nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan individu lain.
![Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443, lebih 88,000 cedera Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443, lebih 88,000 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443, lebih 88,000 cedera
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 38,443 orang, dengan 88,481 individu mengalami kecederaan.