awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sorok' anak tiri dalam bonet kereta untuk rentas daerah, beli pakaian di pasaraya

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/02/2021
07:28 MYT
'Sorok' anak tiri dalam bonet kereta untuk rentas daerah, beli pakaian di pasaraya
Remaja berusia 14 tahun yang 'disembunyikan' oleh mak tirinya dalam bonet kereta menjawab soalan seorang polis yang melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Butterworth Kulim pada Rabu. - Gambar ihsan pembaca
SEBERANG JAYA:Tindakan seorang wanita 'menyembunyikan' anak tirinya didalam bonet kereta bagi mengaburi mata pihak polis terbongkar semasa pemeriksaan Polis di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tindakan itu berjaya dikesan selepas pihak polis menahan sebuah kereta dinaiki seorang wanita bersama bersama remaja lelaki berusia 14 tahun di SJR berkenaan pada pukul 5 petang Rabu.
Shafee berkata, wanita berusia 35 tahun itu memandu dari arah Butterworth menuju ke Seberang Jaya bersama seorang remaja lelaki di tempat duduk penumpang hadapan.
Dia memaklumkan kepada anggota bertugas mereka berdua mahu ke pasaraya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.
Bagaimanapun, anggota polis mendapati wanita itu melakukan pergerakan merentas daerah tanpa permit dan memintanya berhenti di bahu jalan.
Semasa pemeriksaan lanjut dibuat anggota polis menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dalam bonet kereta.
''Kita percaya tindakan mereka berbuat demikian berikutan hanya dua individu sahaja dibenarkan menaiki kenderaan sebuah kenderaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0),” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Khamis.
Susulan kesalahan itu, pihak polis telah memberi kompaun kepada pemandu kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP serta diarah berpatah balik kerana didapati merentas daerah.
Manakala dua remaja yang masih dibawah umur diberi nasihat agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kejadian berkenaan tular di media sosial hari ini apabila beberapa keping gambar seorang lelaki sedang berbaring di dalam bonet sebuah kereta tersebar di laman sosial.
Topic Berkaitan
#sorok anak tiri
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKP 2 0
#Sekatan Jalan Raya
#Seberang Jaya
#rentas daerah tanpa permit
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan