awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD arah Rapid Rail serah laporan penuh insiden gangguan perkhidmatan LRT

Israr Khalid
Israr Khalid
07/09/2016
14:34 MYT
SPAD arah Rapid Rail serah laporan penuh insiden gangguan perkhidmatan LRT
Laporan dan pelan perlu diserahkan selewat-lewatnya 21 September ini dengan mencadangkan langkah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan dan masa tindak balas. - Gambar fail
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) meminta Rapid Rail Sdn Bhd menyerahkan laporan penuh berhubung insiden gangguan teknikal yang belaku di landasan LRT Kelana Jaya pagi ini.
Ia termasuk pelan penambahbaikan supaya perkara sedemikian tidak lagi berlaku pada masa akan datang.
Laporan dan pelan perlu diserahkan selewat-lewatnya 21 September ini dengan mencadangkan langkah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan dan masa tindak balas.
"Kami faham ramai pengguna kecewa atas ketidakselesaan dan kelewatan untuk sampai ke destinasi.
"SPAD akan memastikan Rapid Rail Sdn Bhd menjalankan audit dan siasatan bagi mengenalpasti punca utama dan mengemukakan langkah tebatan," katanya menerusi kenyataan lewat hari ini.
Pengguna yang berhajat menyampaikan aduan berkenaan insiden boleh e-mel ke [email protected]
Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB), penyadungan dalaman menyebabkan perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya mengalami gangguan teknikal kuasa elektrik ketika hujan lebat pagi tadi.
Insiden tersebut menyebabkan ribuan pengguna terkandas di beberapa stesen akibat masalah yang dihadapi sistem isyarat dan komunikasi, melambatkan perjalanan tren antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi.
Masalah memaksa RapidKL "menutup kuasa pada landasan" di beberapa stesen di pusat bandar raya untuk menangani keadaan yang berlaku pada kira-kira 7 pagi itu.
Perkhidmatan tren kembali seperti biasa bagi stesen arah utara dan selatan pada kira-kira 1.15 tengah hari.
Topic Berkaitan
#Ampang Park
#audit
#dang wang
#LRT
#RapidKL
#SPAD
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan