awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD sambut baik BAJET 2015

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2014
14:24 MYT
SPAD sambut baik BAJET 2015
SYED HAMID ALBAR: Belanjawan 2015 adalah holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyambut baik pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata Bajet ini merupakan satu bajet holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat.
Beliau berkata perancangan yang dibentangkan tadi selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat.
"Peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.
Sebelum ini SPAD telah membuat keputusan untuk memansuhkan harga siling bagi tambang bas sekolah bermula Januari tahun depan, dengan memberi kuasa 'rundingan' kepada ibu bapa dan pengusaha bas, mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Terdahulu SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor akan melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber mulai 1 Oktober.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#budget 2015
#JPJ
#PDRM
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan