awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPCAAM jadi pemudah cara bantu masyarakat dapatkan perlindungan sosial

Bernama
Bernama
01/05/2022
10:58 MYT
SPCAAM jadi pemudah cara bantu masyarakat dapatkan perlindungan sosial
Solomon (diri, dua dari kiri) sewaktu majlis pelancaran Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) di ibu negara hari ini. - Sinar
KUALA LUMPUR: Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) yang dilancarkan hari ini akan bertindak sebagai badan penasihat bagi memastikan rakyat dan pekerja menyedari hak perlindungan sosial mereka.
Presidennya J. Solomon berkata, ia antaranya melibatkan akses kepada kemudahan perubatan, perumahan dan pekerjaan untuk setiap lapisan masyarakat.
Beliau berkata, SPCAAM menyediakan bantuan nasihat guaman secara percuma kepada ahli yang mendaftar dan mereka yang hadir secara datang terus ke pejabat persatuan itu di Brickfields di sini.
"Kami akan membantu ahli-ahli yang berada dalam kesukaran atau menyelesaikan pertikaian yang muncul akibat usaha mereka untuk mengakses kepada perlindungan sosial," katanya ketika berucap melancarkan persatuan itu di sini hari ini.
Menurutnya persatuan itu juga turut menjalankan kajian, penyelidikan dan memahami organisasi perlindungan sosial di negara lain untuk membantu kerajaan mempertingkatkan sistem sedia ada dalam negara bagi perlindungan lebih baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlindungan sosial
#spcaam
#j solomon
#kebajikan
#pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan