awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Kedah serah notis pengosongan kepada SPR

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2013
08:22 MYT
Speaker Kedah serah notis pengosongan kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian siang tadi menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandang, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.
Notis bersama sijil kematian bekas Menteri Besar Kedah itu diserahkan kepada pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat speaker DUN di Wisma Darul Aman hari ini.
Kerusi DUN Sungai Limau yang kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Menurut Md Rozai beliau memberi masa kepada keluarga Allahyarham untuk mendapatkan sijil kematian kerana menghormati keluarganya yang masih bersedih.
Katanya penyerahan notis itu adalah mengikut perkara 53 fasal kecil 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang perlu memaklumkan kekosongan kerusi DUN kepada SPR supaya Pilihan Raya Kecil dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.
“Menurut perkara 53 fasal kecil 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri kekosongan tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bahawa ada kekosongan sekian terima kasih,” kata Md rozai Shafian.
Tambah Juhari pula beliau akan menyerahkan notis itu kepada pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini supaya suruhanjaya itu boleh mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.
Azizan yang memenangi kerusi berkenaan sejak 1995 mempertahankannya bagi penggal kelima pada 2008 dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.
Topic Berkaitan
#Datuk Md Rozai Shafian
#Juhari Abdul Rahman
#notis
#SPR
#tan sri azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan