awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spekulasi rombakan Kabinet: Ini jawapan Perdana Menteri...

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2023
21:00 MYT
Spekulasi rombakan Kabinet: Ini jawapan Perdana Menteri...
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengesahkan sama ada akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengesahkan sama ada akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
"Januari? Kenapa Januari? Tak Disember," itu reaksi beliau kepada pemberita yang ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI, di sini, pada Khamis.
Kebelakangan ini, tercetus khabar angin mengenai rombakan Kabinet khususnya selepas jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Tidak ketinggalan hangat diperkatakan ialah mengenai lantikan jawatan Menteri Kewangan kedua dalam Kabinet.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ramalan yang dibuat program podcast Keluar Sekejap pada Rabu bahawa rombakan Kabinet yang mungkin berlaku Januari tahun depan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai prestasi menteri Kabinet selepas setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir, Anwar menyatakan keyakinan, namun, dalam masa sama mengakui banyak benda lagi yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.
"Alhamdulillah kita sedaya upaya seluruh pasukan dan Insya-Allah kita akan perbaiki (kekurangan) dan (dengan) kekuatan baharu kita akan melonjak lagi tinggi," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu lima hari selepas berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-15.
Beliau kemudian mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember tahun sama.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan