KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) disaran memastikan sekurang-kurangnya satu peratus atau 187 orang daripada 18,702 pengambilan khas guru secara 'one-off' atau sekali sahaja, dikhususkan kepada orang kurang upaya (OKU) yang berkelayakan.
Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata langkah itu akan membantu Kementerian Pendidikan (KPM) mencapai sasaran Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan kepada golongan OKU dalam perkhidmatan awam sekali gus menjadi teladan yang baik kepada sektor swasta.
"Ini juga selaras dengan keperluan pembangunan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu untuk memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama akan tercapai.
"Selain itu, ia bertepatan dengan amalan di negara maju seperti Australia apabila golongan OKU diberi peluang seluas-luasnya menceburi pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Saya ingin tekankan bahawa OKU seharusnya mempunyai hak sama seperti orang lain," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata kekurangan yang ada tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan hak golongan itu kerana mereka juga adalah sebahagian daripada masyarakat.
Beliau berkata Dasar Satu Peratus pekerja OKU dalam sektor awam diperkenal pada 1988 dengan pelaksanaannya melalui Perkhidmatan Pekeliling pada 2008 serta 2010 namun sehingga kini, hanya empat kementerian mempunyai kakitangan golongan OKU melebihi satu peratus.
Katanya kementerian terbabit ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Perpaduan Negara.
Pada masa sama, Ras Adiba turut menyambut baik keputusan pengambilan khas guru secara 'one-off' itu kerana ia menunjukkan kerajaan serius menyelesaikan isu kekurangan guru dan secara langsung mengatasi isu lambakan graduan khususnya lepasan pendidikan institut pengajian tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021
Ras Adiba berkata langkah itu akan membantu KPM mencapai sasaran Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan kepada golongan OKU dalam perkhidmatan awam. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Pengambilan khas tidak lama lagi untuk atasi masalah kekurangan guru di Sarawak
Pengambilan khas guru akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah dan menengah di Sarawak.
KPM buat ambilan 9,500 guru baharu bulan depan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses temu duga telah selesai dan penempatan segera akan dibuat.
SPP disaran khususkan satu peratus pengambilan guru secara 'one-off' kepada OKU
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) disaran memastikan sekurang-kurangnya satu peratus atau 187 orang daripada 18,702 pengambilan khas guru secara 'one-off'.
Hebahan pengambilan khas guru secara 'one-off' selewat-lewatnya petang esok - SPP
Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang Rabu.
COVID-19: Pengusaha premis urut dikompaun RM10,000
Lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang juga tukang urut berusia antara 23 hingga 53 tahun ditahan.
Nama Timbalan KPN akan diumumkan dalam masa terdekat - Hamzah
Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
PDRM kenal pasti calon Timbalan Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dan menyenarai pendek nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.
Fungsi Suruhanjaya Pasukan Polis mengikut Perlembagaan Persekutuan
Suruhanjaya Pasukan Polis merupakan suruhanjaya di bawah Parlimen, dan bidang kuasanya meliputi semua anggota pasukan polis.
Pelik Abdul Hamid serang Hamzah di akhir perkhidmatan - Bersatu Kepong
Serangan Abdul Hamid terhadap Hamzah atas dakwaan campur tangan dalam pasukan polis di saat-saat akhir perkhidmatannya adalah pelik dan tidak wajar sama sekali.
KPN kritik campur tangan menteri dalam PDRM
Kritikan tersebut dibuat 3 hari terakhir beliau sebagai Ketua Polis Negara.