SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melupuskan dokumen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi 22 kawasan Parlimen negeri Selangor selaras Peraturan 25E, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Shafie Taib berkata, semua dokumen yang digunakan pada PRU15 dilupuskan selepas tiada sebarang petisyen bantahan dibuat oleh parti politik yang bertanding dalam tempoh dibenarkan.
“Proses pelupusan dokumen PRU15 bagi 22 Parlimen di Selangor melibatkan kertas undi, buku daftar undi dan beberapa dokumen lain yang berkaitan.
“Kebetulan di negeri Selangor, selepas 21 hari PRU15 diwartakan, tiada satu petisyen yang difailkan oleh mana-mana pihak, jadi kita uruskan pelupusan pada kadar segera,” katanya ketika ditemui selepas Program Pelupusan Dokumen PRU15 di Kompleks Karangkraf pada Khamis.
Turut hadir menyaksikan kerja pelupusan tersebut adalah Setiausaha SPR, Datuk Ikmalruddin Ishak; Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengarah Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print Sdn Bhd, Azizi Fickry.
Kerja-kerja pelupusan tersebut dijalankan melalui kaedah pembakaran di tempat khas bagi memastikan dokumen-dokumen berkenaan dimusnahkan dengan sempurna.
Sementara itu Pengurus Jualan Ultimate Print Sdn Bhd, Norhazrina Abd Hamid berkata, program berkenaan julung kali dilakukan bersama SPR.
“Menerusi program seperti ini, pegawai SPR yang terlibat dapat melihat cara kerja syarikat percetakan Ultimate Print agar mereka memahami operasi yang dilaksanakan.
“Selepas ini mungkin kita akan bekerjasama mencetak dokumen-dokumen berkaitan pilihan raya negeri seperti kertas undi dan borang daftar pemilih.
“Kami menawarkan perkhidmatan lengkap seperti pencetakan, pembungkusan dan sebagainya tanpa perlu sub kepada pihak ketiga,” ujarnya.
Katanya, Ultimate Print juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam urusan percetakan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 27 2023

Ikmalruddin (kiri0, Azizi dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Selangor, Superintendan Rudy Abdullah pada program Pelupusan Dokumen PRU15 di Kompleks Karangkraf. - Foto Sinar Harian

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Kerajaan tubuh Majlis Madani untuk terjemahkan konsep - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.

Hadir ke parlimen untuk nyatakan pandangan, jangan ponteng - Anis Yusal
Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (UM LEAD) Universiti Malaya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff menggesa pihak tertentu menggunakan platform yang sesuai untuk menyatakan pandangan mereka mengenai dasar kerajaan seperti Parlimen, namun terdapat ahli yang dipilih tidak menggunakan platform ini dengan berkesan.

Tiada PRK DUN Pulau Pinang - SPR
Sidang DUN Pulau Pinang semalam meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi ADUN daripada Bersatu.

Puluhan cedera, rakyat Sri Lanka bantah SPR tangguh pilihan raya
Kira-kira 15 orang dirawat akibat cedera ringan selepas ribuan penyokong parti pembangkang NPP berarak di ibu kota Colombo.

Tiada PRK DUN Batang Kali - SPR
Tiada pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

SPR lupus dokumen PRU15 Parlimen Selangor
Semua dokumen yang digunakan pada PRU15 dilupuskan selepas tiada sebarang petisyen bantahan dibuat oleh parti politik yang bertanding.

Daftar Pemilih Tambahan November 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2022 (DPT BLN11/2022) yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 4 Feb.

Pilihan raya di enam negeri wajar diadakan serentak - SPR
Ia akan dapat memudahkan urusan SPR terutama dari segi pengurusan termasuk melakukan penyelarasan serta persiapan awal.

Tempoh adakan PRU selepas Parlimen, DUN dibubar mungkin dipanjangkan
Tempoh 60 hari yang digunapakai ketika ini dilihat agak singkat terutama bagi pihak SPR melakukan persiapan yang terbaik.

PRU15: Calon tarik diri tetap diisytihar pemenang jika dapat undi tertinggi - Pengerusi SPR
Calon yang menarik diri dan memberi laluan kepada calon parti lain pada PRU15 bagi Parlimen Padang Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan tetap diisytiharkan sebagai pemenang.

PRU15: Proses undi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi
Daripada jumlah itu, 132,955 orang mengundi bagi Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang pengundi bagi DUN Tioman.

PRU15: SPR siap siaga hadapi banjir pada hari pengundian DUN Tioman
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam keadaan siap siaga menghadapi banjir pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman susulan Monsun Timur Laut.