Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 bahagian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82 bahagian.
Syor itu dibuat selaras dengan pindaan Undang-Undang dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang telah dikuatkuasakan pada pada 5 Dis 2014, demikian menurut Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini.
"Bagi maksud Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya ini juga, terdapat pindaan nama kepada Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Ghani menjelaskan butiran terperinci syor yang dicadangkan akan dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang akan disiarkan nanti.
"SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak selama sebulan bermula 5 Jan (Isnin) hingga 4 Feb 2015 (Rabu) di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 5 Jan.
"Jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih yang telah diperakukan dan diwartakan pada 30 Apr 2014 digunakan sebagai asas dalam penyediaan syor Kajian Semula Persempadanan ini," kata Abdul Ghani.
Beliau berkata, satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta peta Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak juga akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai.
Pemeriksaan adalah semasa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja di tempat-tempat seperti yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan.
Menurutnya lagi, untuk bantahan terhadap syor-syor tersebut hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan boleh berbuat demikian.
Mereka ialah kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu.
Satu lagi pihak yang dibenarkan ialah seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan, kata Abdul Ghani.
Katanya, setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93728 Kuching.
Representasi tersebut mestilah sampai kepada SPR di alamat berkenaan dalam masa sebulan dari tarikh penyiaran notis.
Tahun lepas media melaporkan Persidangan DUN Sarawak meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota DUN daripada 71 ketika ini.
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Bernama
Mon Jan 05 2015
SPR syor jumlah bahagian pilihan raya negeri Sarawak ditambah lagi 11 - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.