Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 501,799 permohonan pendaftaran pemilih baharu dan 83,821 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi sepanjang tempoh pendaftaran pemilih suku ketiga 2016.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku ketiga 2016 akan dipamerkan selama 14 hari bermula esok hingga 1 Disember di 961 tempat pameran di seluruh negara.
"Sepanjang tempoh itu, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi pada Julai, Ogos dan September tahun ini dinasihatkan membuat semakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata RDPT akan dipamerkan di 15 pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer (438), kompleks/pejabat kerajaan (86), pejabat daerah/ tanah (167), majlis daerah/perbandaran (65), dewan serbaguna /rukun tetangga/ balai raya/dewan (173) dan lain-lain tempat (17).
Beliau berkata jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai dalam RDPT, pemohon boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserahkan kepada pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran RDPT.
Bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana individu di sesuatu bahagian pilihan raya boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.
"Seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 penama selaras dengan sub peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," katanya sambil menambah bahawa bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Neger) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran.
Selain itu, Abdul Ghani berkata SPR juga mempamerkan senarai nama pemilih yang dikeluarkan daripada Daftar Pemilih (mereka yang didapati tidak berhak untuk terus kekal dalam daftar pemilih atas sebab-sebab antaranya ialah telah meninggal dunia atau lucut hak warganegara) sepanjang tempoh pameran RDPT.
Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT suku ketiga 2016 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui telefon 03-88927000 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku ketiga 2016 akan dipamerkan selama 14 hari bermula esok hingga 1 Disember di 961 tempat pameran di seluruh negara. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Jawatan Pengerusi SPR: Perlu ada kaedah pelantikan lebih telus - Azmi Sharom
Timbalan Pengerusi SPR itu berkata, untuk memastikan perubahan tersebut berlaku, ia memerlukan komitmen serius daripada kerajaan yang benar-benar mahu melihat reformasi berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Lat tempoh masih berkuat kuasa, SPR tidak rancang laksana kajian semula persempadanan
Abdul Ghani berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.
PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil Kemaman sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.
PRK DUN Jepak: Tarikh penting dijangka diketahui hari ini
Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi tujuan itu yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 10 pagi ini.