awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR umum PRK Tanjung Piai pada 16 November

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
01/10/2019
04:09 MYT
SPR umum PRK Tanjung Piai pada 16 November
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata penamaan calon ditetapkan pada 2 November (Sabtu) manakala tarikh mengundi awal ialah pada 12 November (Selasa). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor P165 pada 16 (Sabtu) November depan.
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata penamaan calon ditetapkan pada 2 November (Sabtu) manakala tarikh mengundi awal ialah pada 12 November (Selasa) .
“Tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas penamaan calon dan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 15 November 2019.
"Tarikh buka dan tutup permohonan undi pos pengundi dalam dan luar negara adalah pada 1 Oktober dan ditutup pada 31 Oktober.
"Anggaran kos bagi menjalankan PRK ini adalah RM 2.67 juta," katanya dalam sidang media di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.
PRK Tanjung Piai merupakan yang kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ia bakal diadakan berikutan kekosongan kerusi Parlimen tersebut selepas penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia di Hospital Pontian, pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Allahyarham, yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).
Kerusi Parlimen Tanjung Piai mempunya dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.55 Pekan Nenas dan N.56 Kukup.
Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Seramai 1,019 petugas dilantik bagi mengendalikan proses PRK ini manakala sebanyak 28 buah pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 127 saluran akan digunakan.
Jelas Azhar, daftar pemilih pilihanraya yang akan digunakan untuk PRK ini adalah sehingga suku tahun kedua tahun 2019 yang dikemaskini sehingga 23 September 2019.
"Daftar pemilih tersebut mengandungi 52,986 orang pengundi yang terdiri daripada 52,698 orang pengundi biasa, 280 pengundi awal dan lapan pengundi tidak hadir luar negara," katanya.
Borang penamaan calon boleh dibeli mulai 8 Oktober di Pejabat Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Pontian atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor atau di Ibu Pejabat SPR.
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan Harun
#calon
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tanjung Piai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan