Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 50 kertas siasatan dan menahan 18 orang bagi membantu siasatan kes melibatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini SPRM telah membuka tiga kertas siasatan dan menahan dua individu bagi kes melibatkan IPTA.
Beliau berkata angka itu merupakan sebahagian daripada 70 kertas siasatan yang dibuka dan 23 orang ditahan dalam kes melibatkan IPTA di negara ini untuk tempoh antara 2014 hingga Mac tahun ini.
"Selain itu statistik SPRM juga menunjukkan 54 peratus daripada 1,267 orang yang ditahan SPRM merupakan golongan belia yang berumur 40 tahun ke bawah.
"Perkara ini amat membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius memandangkan generasi muda merupakan pemacu yang akan membentuk masa depan dan hala tuju negara," katanya di Durian Tunggal sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Ikrar Integriti Korporat (CIP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Pengarah SPRM Melaka Abu Talib Othman di kampus universiti itu di sini.
Pada majlis itu, Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib dan 2,500 kakitangan universiti itu melafazkan IBR dan CIP.
Shamshun Baharin berkata kerjasama, sokongan padu dan komitmen berterusan masyarakat terhadap SPRM amat diharapkan dalam usaha memerangi jenayah rasuah di negara ini.
"Oleh itu platform seumpama ini (kerjasama dengan IPTA) merupakan medium yang efektif kepada SPRM kerana membanteras gejala itu bukan sahaja terletak di bahu SPRM, bahkan ia merupakan tanggungjawab bersama," katanya.
Sementara itu, Shahrin berkata komitmen yang ditunjukkan oleh UTeM adalah bagi mendukung prinsip pencegahan rasuah dalam mewujudkan persekitaran yang adil, telus dan bebas rasuah.
"Dalam sebuah organisasi besar perkara yang penting ialah membudayakan pengetahuan dalam kalangan warganya dan diharap dengan adanya program seperti ini UTeM dapat berdiri teguh dan lebih berintegriti," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 27 2017
Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini SPRM telah membuka tiga kertas siasatan dan menahan dua individu bagi kes melibatkan IPTA. - Gambar fail
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).
COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD
Dakwaan pensyarah atau institusi berkenaan terlibat dalam gabungan itu adalah tidak benar.
Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.
Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat
Pasangan itu antara enam pasangan yang ditahan selepas disyaki berkhalwat tanpa sebarang ikatan sah di beberapa bilik hotel sekitar Melaka.
Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut dipercayai dikelar teman lelakinya di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang tengah hari tadi.
Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
Orang ramai yang tidak menerima BR1M iminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN yang diumum 1 November lepas.
Pengurangan pembiayaan PTPTN untuk IPTA, IPTS tidak wajar - Nik Nazmi
Pengurangan pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA sebanyak lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar IPTS dilihat tidak wajar ketika rakyat berhadapan tekanan kewangan.