awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka bilik gerakan bagi PRN enam negeri, PRK Parlimen Kuala Terengganu

Bernama
Bernama
29/07/2023
09:30 MYT
SPRM buka bilik gerakan bagi PRN enam negeri, PRK Parlimen Kuala Terengganu
SPRM memaklumkan kesemua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan sepanjang tempoh berkempen di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu selain di Ibu Pejabat SPRM di sini.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos, dan pusat berkenaan boleh dihubungi menerusi talian telefon serta e-mel:
Ibu Pejabat SPRM (03-88911038, [email protected])
Pejabat SPRM Selangor (03-55248318, [email protected])
Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-7625446, [email protected])
Pejabat SPRM Kedah (04-7001361, [email protected])
Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-2271982, [email protected])
Pejabat SPRM Terengganu (09-6301920, [email protected])
Pejabat SPRM Kelantan (09-7661800, [email protected])
SPRM seterusnya mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#PRN
#PRN enam negeri
#PRK Kuala Terengganu
#bilik gerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan