PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mencari kaedah terbaik bagi membolehkan masyarakat tidak terlepas daripada mengikuti perkembangan terkini sesuatu siasatan dan kes dikendalikan SPRM yang dibawa ke mahkamah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, langkah itu bagi mengikis persepsi masyarakat terhadap agensi berkenaan yang sering dikatakan menahan individu berstatus ‘ikan bilis’ atau golongan bawahan, sebaliknya golongan atasan atau disebut ‘jerung’ terlepas daripada sebarang tindakan.
"Berapa banyak ikan bilis SPRM (kenakan tindakan) sekarang berbanding kes berprofil tinggi sebab ini adalah persepsi mereka, kadang-kadang mereka tertinggal dalam mengikuti laporan (kes SPRM) yang dilaporkan media.
"Setiap kes berprofil tinggi yang kami siasat saya rasa SPRM telah melaporkannya termasuklah pertuduhan... Ini tidak, mereka masih mengatakan (kami hanya siasat) ikan bilis, saya pun tidak tahu adakah tangkapan kes Mitra, 1MDB, SRC International, isu skandal kartel itu dikategori sebagai ikan bilis,” katanya kepada Bernama.
Azam berkata, SPRM sentiasa melakukan sebaik mungkin untuk mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah yang melibatkan ketirisan dalam negara sama ada dilakukan ‘ikan bilis’ atau ‘jerung’, yang mendatangkan mudarat kepada rakyat dan negara.
"SPRM menjalankan tugas dengan membuat pengesanan, ada kes sebelum ini pegawai kanan kerajaan gred JUSA B kami tahan. Individu ini bukan ikan bilis tetapi seorang yang berprofil tinggi,” katanya.
Mengenai ada individu yang ditahan untuk siasatan namun dibebaskan, Azam berkata perkara itu berlaku disebabkan ada kes tertentu yang tidak dipersetujui Jabatan Peguam Negara.
"Tidak semua kes akan berakhir dengan pertuduhan dikenakan...kita kena terima fakta itu... Kita kena hormati keputusan Peguam Negara,” katanya sambil menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak pernah menghalang SPRM menjalankan atau meneruskan siasatan sesuatu kes.
Berhubung salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai SPRM, Azam berkata, suruhanjaya itu mempunyai jawatankuasa aduan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah atau salah laku.
"Kami ada jawatankuasa aduan, saya telah buktikan sebelum ini yang kami sendiri mendakwa mereka (anggota dan pegawai SPRM ada masalah tatatertib) di mahkamah jika ada salah laku. Saya tidak berkompromi sekiranya ada pegawai atau anggota saya terlibat salah laku.
"Kami tunjuk pada orang awam...tiada benda yang hendak saya sorokkan daripada masyarakat. Jika ada maklumat saya bagi jaminan bahawa kami akan terus menjalankan siasatan,” katanya. - Bernama
Bernama
Tue Sep 27 2022
Azam berkata, SPRM sentiasa melakukan sebaik mungkin untuk mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah yang melibatkan ketirisan dalam negara sama ada dilakukan ikan bilis atau jerung. - Fail BERNAMA
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.