Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan buku 'Islam and the Issuance of Corruption' untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan isu rasuah kepada masyarakat Malaysia.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata ia juga adalah langkah pencegahan bagi memastikan masyarakat memahami implikasi rasuah dari aspek agama, masyarakat dan juga kepada negara, jika tidak ditangani.
"Kita rasa bangga dengan penulisan seperti ini, yang memberi pengajaran mengenai isu-isu rasuah serta pendidikan kepada masyarakat.
Buku ilmiah ini ditulis Bekas Senator Dewan Negara, Mohamad Ezam Mohd Nor dan Penasihat Kementerian Sosial Indonesia, Sapto Waluyo.
Ini merupakan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan masyarakat menyedari implikasi rasuah dari aspek agama, masyarakat dan natijah atau implikasi rasuah itu tersendiri kepada negara jika tidak ditangani," kata Mustafar.
Penerbitan buku ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan pelan transformasi kerajaan (GTP 2.0) di bawah inisiatif pendidikan dan sokongan masyarakat.
Selain itu, ia menjelaskan transformasi SPRM sebagai sebuah agensi antirasuah di Malaysia.
Buku ini diedarkan oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Jabatan Perdana Menteri kepada semua pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, perpustakaan, pusat latihan kerajaan dan institut pengajian tinggi yang terpilih.
Dania Zainuddin
Mon Nov 16 2015
MUSTAFAR: Buku ini memberi pengajaran mengenai isu-isu rasuah serta pendidikan kepada masyarakat. - Gambar fail
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
SPRM lancar buku 'Islam and the Issuance of Corruption'
Kesedaran dan pengetahuan tentang isu rasuah disampaikan kepada masyarakat dalam pemgisian buku 'Islam and the Issuance of Corruption'.