awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake Refresh dijangka tiba Mac atau April ini
Ali Shaath mulakan tugas Ketua Jawatankuasa Pentadbiran Gaza, tandatangani pernyataan misi
Satu mayat ditemukan dalam pencarian pesawat IAT ATR 42-500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM, NAZAHA Arab Saudi teroka ruang kerjasama perangi rasuah peringkat global

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
17/01/2024
12:10 MYT
SPRM, NAZAHA Arab Saudi teroka ruang kerjasama perangi rasuah peringkat global
Azam Baki (kanan) berharap MoU tersebut dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. - Foto ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa antirasuah Arab Saudi, Oversight and Anti-Corruption Authority (NAZAHA Arab Saudi) akan meneroka ruang kerjasama membabitkan perkongsian kepakaran serta pengalaman dalam usaha memerangi rasuah di peringkat global.
Persetujuan meneroka peluang kerjasama ini dicapai apabila SPRM yang diwakili Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Presiden NAZAHA Arab Saudi, Mazin Ibrahim M. Al-Kahmous dalam majlis diadakan di Ibu Pejabat SPRM pada Selasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam ucapannya berharap MoU tersebut dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Menerusi MoU ini juga, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam aspek pertukaran maklumat dan penyertaan dalam program-program pencegahan rasuah termasuk bantuan teknikal.
“SPRM bercadang untuk mengadakan lawatan rasmi ke NAZAHA pada tahun ini bagi perbincangan lanjut serta perkongsian pengalaman,” katanya.
Sementara itu, Presiden NAZAHA, Mazin Ibrahim M. Al-Kahmous dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada SPRM atas jalinan kerjasama melalui MoU itu.
Tambahnya, kerajaan Arab Saudi komited dalam membanteras jenayah rasuah tanpa toleransi melalui beberapa inisiatif utama.
Antaranya adalah Inisiatif Riyadh yang dikenali sebagai Globe I Network yang bertujuan mewujudkan rangkaian operasi global di kalangan agensi antirasuah bagi memudahkan pertukaran maklumat dan program pembangunan modal insan.
“Sehingga kini, sebanyak 191 agensi antirasuah daripada 150 buah negara telah menyertai rangkaian tersebut,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mazin turut memaklumkan bahawa NAZAHA telah membangunkan inisiatif global untuk mengukur kadar rasuah yang mengambil kira perbezaan politik dan undang-undang setiap negara.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan SPRM untuk mendapat manfaat melalui inisiatif tersebut yang akan dilaksanakan selari dengan Prinsip Vienna ke arah rangka kerja global untuk mengukur kadar rasuah.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Diplomatic
#Rasuah
#SPRM
#NAZAHA Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan