Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang anggota polis berpangkat Sarjan dari Balai Polis Trafik Kuantan bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah berjumlah RM3,700.
Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan suspek berusia 37 tahun yang bertugas sebagai pembantu pegawai penyiasat trafik ditahan di pejabat SPRM Pahang di sini, petang semalam.
"Suspek dipercayai menerima rasuah daripada syarikat membaiki kereta sebagai balasan mendapatkan kerja baik pulih kenderaan terlibat kemalangan yang disiasat Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan," katanya menerusi kenyataan media di sini, pada Rabu.
Hairuzam berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu di Temerloh, SPRM Pahang memperoleh perintah reman terhadap dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan bagi membantu siasatan memberi rasuah kepada pegawai polis dari IPD Bera dekat sini, pada Selasa.
Penolong Pendaftar Mahkamah Temerloh Hayatul Hafifie Hisham membenarkan suspek berusia 23 dan 32 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan dan pengawal keselamatan bangunan itu direman selama lima hari mulai semalam.
Mereka didakwa memberi rasuah RM2,000 sebagai balasan untuk melepaskan seorang lagi warga Pakistan yang ditahan polis kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020
Suspek dipercayai menerima rasuah daripada syarikat membaiki kereta sebagai balasan mendapatkan kerja baik pulih kenderaan terlibat kemalangan yang disiasat Bahagian Trafik IPD Kuantan.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Banjir: Bengkel jangan ambil kesempatan kena harga melampau - KPDNHEP
Pengusaha bengkel kenderaan bermotor diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang melampau bagi kerja-kerja pembaikan kenderaan ekoran bencana banjir yang melanda negara.
SPRM Pahang tahan sarjan didakwa terima rasuah
Suspek berusia 37 tahun yang bertugas sebagai pembantu pegawai penyiasat trafik ditahan di pejabat SPRM Pahang di sini, petang semalam.