awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung

Bernama
Bernama
11/01/2025
06:00 MYT
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
SPRM mengesahkan sambungan reman itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
KANGAR: Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah sambung reman terhadap wanita berumur lingkungan 30-an itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Nurshahida Abdul Rahim.
"Seorang lagi petugas wanita badan berkanun itu berumur lingkungan 40-an yang ditahan bersama pada Selasa lepas (7 Jan) dan direman hingga hari ini, dilepaskan dengan jaminan SPRM," kata sumber berkenaan hari ini.
Rabu lepas, media melaporkan SPRM menahan dua petugas sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang pengurus akaun selepas mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.
Laporan media itu menyebut siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2020 hingga 2024 dan SPRM Perlis turut menyita dan merampas barangan mewah termasuk barang kemas berjumlah kira-kira RM100,000 yang disyaki diperoleh hasil perbuatan terbabit.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan sambungan reman itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pengurus badan berkanun
#Perlis
#kes penyelewengan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan