awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sahkan siasat kes individu berprofil tinggi di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2019
04:09 MYT
SPRM sahkan siasat kes individu berprofil tinggi di Sarawak
Latheefa mengakui pihaknya menerima banyak maklumat berhubung jerung itu, namun ia adalah maklumat atau dakwaan berulang. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat kes melibatkan individu berprofil tinggi di Sarawak.
Memetik laporan Borneo Post semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran kes itu kerana siasatan sedang dijalankan.
"Apa-apa kes yang sedang berlaku, kita tidak boleh memberikan butiran kerana ia akan menjejaskan siasatan," katanya ketika ditemui pada malam pembukaan teater muzik Semarak Pertiwiku di Institut Pendidikan Guru pada Jumaat.
Ditanya mengenai jumlah kes yang melibatkan personaliti tinggi Sarawak itu, Latheefa berkata beliau tidak dapat mendedahkan apa-apa butiran kerana kes itu sedang dijalankan.
Beliau menambah, SPRM memerlukan masa untuk mengesahkan semua kenyataan awam dan dokumen yang diterima dan sebaik dakwaan itu disahkan, kertas siasatan akan dibuka.
Minggu lalu, pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor menjelaskan SPRM Sarawak sudah menyerahkan maklumat terkini mengenai individu berprofil tinggi yang didakwa terbabit dengan amalan rasuah kepada Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Beliau mengakui pihaknya menerima banyak maklumat berhubung ‘jerung’ itu, namun ia adalah maklumat atau dakwaan berulang.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat mendedahkan sebarang nama ‘jerung’ yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen sebelum itu berkata, sejak tahun lalu beliau sudah mendesak SPRM untuk menyiasat pembabitan individu berprofil tinggi di Sarawak dalam amalan rasuah.
Topic Berkaitan
#jerung
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#Latheefa Koya
#Razim Mohd Noor
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan