awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sedia hantar pegawai belajar di Denmark

Bernama
Bernama
29/05/2025
14:02 MYT
SPRM sedia hantar pegawai belajar di Denmark
Azam berkata, Kedutaan Besar Denmark di Malaysia sedia bekerjasama dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menghantar pegawainya ke Denmark bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta mempelajari amalan dalam usaha pencegahan rasuah.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menerusi catatan di Facebook suruhanjaya berkenaan selepas menerima kunjungan Duta Denmark ke Malaysia Kristine Vangkilde Berner di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
"Saya sangat teruja dengan hasrat The International Division of the Danish Parliamentary Ombudsman untuk mengunjungi Malaysia dalam meneroka peluang kerjasama sesama institusi.
"Pertemuan ini juga membuka laluan kepada SPRM untuk jaringan usaha antirasuah yang lebih instrumental," katanya dalam hantaran itu.
Hantaran itu juga memaklumkan Kedutaan Besar Denmark di Malaysia sedia bekerjasama dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah.
Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM Rasidah Abdul Karim, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Diraja Denmark Merve Yalcin dan Pembantu Politik Subateeswarran Looganaden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Denmark
#latihan pegawai
#kerjasama
#The International Division of the Danish Parliamentary Ombudsman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan