awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah

Bernama
Bernama
03/11/2024
13:00 MYT
SPRM siasat dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah, seperti yang tular di TikTok baru-baru ini. - BERNAMA
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah, seperti yang tular di TikTok baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • SPRM membuka siasatan mengenai dakwaan penipuan hak milik tanah di Kuala Kedah yang tular di TikTok.
  • Tiga individu telah dipanggil untuk membantu siasatan, dan beberapa dokumen berkaitan diperoleh.
  • SPRM fokus pada isu rasuah dan dokumen palsu, dan meminta orang ramai tidak berspekulasi sehingga siasatan selesai.

Menurut sumber SPRM telah memanggil tiga individu untuk membantu siasatan dan mendapatkan maklumat berhubung isu itu, serta telah memperoleh beberapa dokumen berkaitan kes berkenaan.
"Fokus siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah serta penggunaan dokumen-dokumen yang dipercayai palsu, bagi tujuan pindah milik tanah itu. SPRM telah mengenal pasti individu serta agensi yang disyaki terlibat dan akan memanggil kesemuanya dalam masa terdekat," kata sumber itu hari ini.
Sementara itu Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail mengesahkan bahawa siasatan berhubung kes itu dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau bagaimanapun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan, sehingga siasatan selesai.
Sebelum ini tular video memaparkan seorang wanita yang mendakwa berlaku pemalsuan membabitkan dokumen perintah mahkamah berkaitan urusan sewa tanah milik penduduk tempatan dikenali sebagai Abu Ismail di Kuala Kedah.
Tanah tersebut dikatakan disewa sejak 10 tahun lepas, namun pengadu menafikan ada menyewakan tanah berkenaan kepada mana-mana pihak, selain mendakwa perjanjian sewaan turut dipalsukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Siasat
#penipuan hak milik tanah
#Kuala Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan