Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu peruntukan berkaitan salah laku penjawat awam digubal dengan segera.
Peruntukan itu dilihat membolehkan usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan holistik dan menyeluruh.
Pengerusi panel, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, berkata peruntukan itu membolehkan masalah ketirisan dan pembaziran dalam pengendalian kewangan agensi kerajaan dapat ditangani.
“Panel merasakan tindakan ataupun penalti yang dikenakan atas kakitangan awam tidak setimpal dengan komitmen. Penalti yang sedia ada kini hanya mencadangkan supaya jangan buat rasuah, ia terlalu ‘simple’.
“Kalau seseorang ketua jabatan mendapati dia ada tanggungjawab integriti keatasnya, dia mesti memandang serius ke atas ini,” katanya pada sidang media khas PPO SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.
Hadenan mengambil contoh, sebahagian besar kes yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara adalah mengenai pembelian barang dengan harga yang mahal hingga menimbulkan persepsi berlaku rasuah serta penyelewengan.
Pada masa yang sama, PPO melihat peruntukan sedemikian sangat penting bagi mengambil tindakan ke atas penjawat awam yang tidak amanah serta sambil lewa dalam menjalankan tugas, tetapi dalam kebanyakan situasi tidak dapat dikenakan tuduhan di bawah undang-undang rasuah dan penyelewengan secara langsung.
Selain itu, Hadenan yang mempengerusikan panel sejak enam tahun lalu, menyifatkan imej dan reputasi SPRM berada pada tahap baik dengan pencapaian menyelesaikan beberapa kes dalam tempoh itu.
“Melihat dalam enam tahun ini, telah ada banyak penambahbaikan. Pertama, saya lihat peningkatan pada imej SPRM. Pastinya ada berapa kes besar, tapi telah diselesaikan. Saya rasa orang ramai berpendapat SPRM merupakan institusi yang boleh diharapkan,” katanya.
Astro Awani
Thu Feb 12 2015
HADENAN: Penalti yang sedia ada kini hanya mencadangkan supaya jangan buat rasuah, ia terlalu simple.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SRC, RM2.6 bil: SPRM tidak pertikai keputusan Peguam Negara bersihkan Najib - Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata langkah merujuk keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi SPRM merupakan prosedur operasi standard (SOP) untuk menutup mana-mana kes.
SRC, RM2.6 bil: Dua panel penasihat SPRM tidak ragu keputusan Peguam Negara
Hasil mesyuarat Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas di Putrajaya hari ini memutuskan untuk menerima keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
SRC, RM2.6 bil: PPO nasihat SPRM bincang dengan Peguam Negara
Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas menasihatkan SPRM untuk terus berbincang dengan Peguam Negara terhadap keputusan untuk menutup kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
SPRM syor kerajaan gubal peruntukan salah laku penjawat awam
Penalti yang sedia ada kini hanya mencadangkan supaya jangan buat rasuah, ia terlalu 'simple', kata pengerusi Panel Penilaian Operasi Hadenan Abdul Jalil.