awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
Dua lelaki ditahan terlibat lumba haram di Setiu
Pelajar asnaf, anak yatim dan B40 antara penerima manfaat biasiswa baharu KPMB–KPKPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan bekas pengarah kastam negeri - Latheefa Koya

Bernama
Bernama
29/09/2019
05:23 MYT
SPRM tahan bekas pengarah kastam negeri - Latheefa Koya
Latheefa berkata SPRM juga membekukan akaun kesemua suspek, individu lain dan entiti yang berkaitan, melibatkan 20 individu dan empat entiti yang telah dibekukan akaunnya. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan dua pengarah syarikat semalam, menurut Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.
Beliau berkata bekas pengarah Kastam negeri itu ditahan di ibu pejabat SPRM Kelantan manakala dua lagi suspek, ditangkap di sebuah hotel di Genting Highlands dan sejumlah besar wang tunai turut dirampas semasa tangkapan itu.
"Selepas permohonan SPRM, Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah tahanan reman lima hari terhadap suspek pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Latheefa berkata SPRM juga membekukan akaun kesemua suspek, individu lain dan entiti yang berkaitan, melibatkan 20 individu dan empat entiti yang telah dibekukan akaunnya.
SPRM baru-baru ini mengumumkan badan antirasuah itu akan melumpuhkan kegiatan rasuah membabitkan pembalakan dan perlombongan haram selain penyeludupan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beku akaun
#Genting Highlands
#kastam
#Kota Bharu
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Rasuah
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan