awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
MALAYSIA
Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Asas perundangan sudah jelas - Penganalisis
MALAYSIA
Semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SPRM tahan dua individu termasuk ADUN Sabah, disyaki terima rasuah RM200,000

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
18/06/2025
11:45 MYT
SPRM tahan dua individu termasuk ADUN Sabah, disyaki terima rasuah RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu bergelar Datuk kerana disyaki terlibat dalam meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM200,000, melibatkan isu permohonan lesen cari gali di negeri ini.
SABAH : Dua individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki bergelar 'Datuk' berusia lingkungan 30 dan 60-an itu ditahan kira-kira jam 9.45 dan 11.50 pagi.
Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah dan juga di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Kedua-dua mereka disyaki melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2023 dan 2024.
Tambah sumber, siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek disyaki saling meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM200,000 antara satu sama lain bagi membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.
Tambahnya, suspek yang merupakan seorang ahli perniagaan telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM100,000 dengan dua orang penjamin.
Manakala seorang lagi suspek iaitu ADUN turut dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Rasuah
#Sabah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami