awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan reman empat individu bantu siasatan kes memalsukan dokumen

Bernama
Bernama
09/04/2021
07:13 MYT
SPRM tahan reman empat individu bantu siasatan kes memalsukan dokumen
Menurut SPRM, kes itu melibatkan dua syarikat yang masing-masing membabitkan tender bernilai RM1.6 juta dan RM2.1 juta. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu selama enam hari bagi membantu siasatan kes memalsukan dokumen untuk mendapatkan projek tender kebersihan bernilai lebih RM3.7 juta sejak 2017 hingga tahun lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus hari ini selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman dua lelaki dan dua wanita berusia 41 hingga 49 tahun tersebut.
Menurut kenyataan SPRM Perak, empat individu berkenaan ditangkap di sekitar Taiping dan Bandar Baharu, Kedah pada kira-kira 8 pagi semalam.
Menurut SPRM, kes itu melibatkan dua syarikat yang masing-masing membabitkan tender bernilai RM1.6 juta dan RM2.1 juta.
Dua syarikat berkenaan menggunakan cap bank dan tandatangan pegawai bank palsu serta mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan tender kebersihan bangunan dan kawasan di bawah jabatan kerajaan bagi tempoh 2017 hingga 2020, kata SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#siasatan
#palsukan dokumen
#projek tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan