awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'SPRM tidak cukup anggota'

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2019
22:00 MYT
'SPRM tidak cukup anggota'
Shamshun Baharin tetap menegaskan jumlah ideal untuk anggota SPRM di Malaysia adalah sekurang-kurangnya 5,000 anggota agar suruhanjaya itu dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien. - Astro AWANI
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil mengakui jumlah anggota SPRM masih belum mencukupi.
Menurutnya, jika dibandingkan dengan negara seperti Hong Kong dan Indonesia, Malaysia sekurang-kurangnya memerlukan 5,000 anggota.
“Pada 2008, kita cadangkan kepada kerajaan dari segi keanggotaan.
"Masa itu, kerajaan bersetuju kapasiti pegawai kita wajar ditingkatkan kepada jumlah itu.
“Tapi tengok apa berlaku. Dari tahun 2008 hingga sekarang, 11 tahun berlalu tapi hanya 2,800 anggota. Tapi kita faham kerajaan ada kekangan terutama melibatkan bajet,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Dewan Karangkraf yang dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar pada Jumaat.
Bagaimanapun, Shamshun Baharin tetap menegaskan jumlah ideal untuk anggota SPRM di Malaysia adalah sekurang-kurangnya 5,000 anggota agar suruhanjaya itu dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien.
Topic Berkaitan
#anggota
#Bicara Minda
#Hong Kong
#Indonesia
#Shamshun Baharin Mohd Jamil
#Sinar Harian
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan