GUA MUSANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ketika ini, siasatan kes itu sedang berada pada peringkat SPRM menghubungi pihak-pihak berkaitan di luar negara, bagi mengambil keterangan.
"Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes ini masih aktif diteruskan.
"Selain itu, SPRM juga sedang membuat permohonan Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) melalui pihak Jabatan Peguam Negara untuk beberapa permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki kami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu, di sini, hari ini.
Azam berkata kes LCS mengambil tempoh masa yang lama untuk menyiasatnya, kerana perlu mengesan jejak wang selain terdapat beberapa individu dalam kes itu yang telah dituduh.
"SPRM tidak akan mencampuri hal pentadbiran LCS, yang mana melibatkan kerajaan dalam urusan melaksanakan projek ini seperti bajet yang diberi untuk LCS.
"Siasatan SPRM berpandukan dan berfokus pada salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku di dalam LCS," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene, Azam berkata siasatan kes berkenaan masih berterusan dan tidak pernah dihentikan.
"Ketika ini SPRM masih lagi berhubung dengan pihak-pihak berkaitan di luar negara bagi mendapatkan maklumat dan keterangan berhubung beberapa transalsi yang dijalankan.
"Alhamdulillah, ada petanda-petanda positif dari pihak luar negara yang memberikan permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki kami," katanya.
Azam berkata beliau akan makluman hasil dapatan siasatan kes berkenaan apabila telah lengkap.
Pembelian dua kapal selam Perancis itu dilakukan pada 2002 ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menjadi menteri pertahanan ketika itu.
Najib menyelia pembelian dua kapal selam jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, bernilai hampir EUR1 bilion (US$1.17 bilion).
Kapal selam itu yang dinamakan Kapa Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak itu, masing-masing tiba di Malaysia pada September 2009 dan Julai 2010, dan kedua-duanya dilaporkan terbabit dalam pelbagai rutin di dasar laut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada sidang media selepas perasmian Pejabat Suruhanjaya SPRM Cawangan Gua Musang hari ini. - Foto Bernama
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Lagenda Properties sahkan pengurusan kanan ditahan SPRM, saham merudum 29.52%
Lagenda Properties Bhd mengesahkan seorang pegawai pengurusanan kanan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Aseh harap isu 'surat layang' segera diselesaikan
Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat berkata ia perlu diselesaikan bagi memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara itu.
Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Empat anggota kastam didakwa terima rasuah kes lori barang lolos pemeriksaan
Empat anggota kastam didakwa menerima suapan antara RM1,200 hingga RM32300 berhubung kes melepaskan lori barangan tanpa sebarang pemeriksaan.
Najib cuba sekat siasatan SPRM terhadap 1MDB - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 1MDB.
Tiada kes melibatkan suami Hannah Yeoh - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah meneliti dan memeriksa hal berkaitan pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada Ramachandran, iaitu suami kepada Hannah Yeoh.
Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi
Penyiasat SPRM bersetuju di Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencatur semua operasi dalam syarikat 1MDB.
‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM
SPRM mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.