awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SSPA tangani isu pendapatan boleh guna, perkasakan bakat penjawat awam - JPA

Bernama
Bernama
21/01/2026
01:00 MYT
SSPA tangani isu pendapatan boleh guna, perkasakan bakat penjawat awam - JPA
Hasmarulaini pada Program Ruang Bicara bertajuk SSPA Fasa 2: Perkukuh Kesejahteraan dan Prestasi Perkhidmatan Awam di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan langkah strategik kerajaan untuk menangani isu jurang pendapatan boleh guna penjawat awam yang dilihat tidak lagi seiring dengan peningkatan kos sara hidup semasa.

Ringkasan AI
  • SSPA diperkenalkan kerajaan untuk menangani jurang pendapatan penjawat awam yang tidak seiring dengan kos sara hidup, dengan pelarasan gaji terakhir dilakukan pada 2012.
  • SSPA menekankan ganjaran menyeluruh, berfokus pada pengiktirafan kepada penjawat awam berprestasi tinggi, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, serta pembangunan bakat dan kompetensi digital.
  • Walaupun tidak dapat bersaing dalam nilai gaji tunai dengan sektor swasta, perkhidmatan awam menawarkan pakej kesejahteraan yang meliputi pelbagai kemudahan seperti perubatan, cuti, dan persekitaran kerja yang mampan.

Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Hasmarulaini Omar berkata keperluan anjakan daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SSPA adalah kritikal, memandangkan kali terakhir pelarasan gaji menyeluruh dilakukan adalah pada tahun 2012.
Beliau menjelaskan bahawa sepanjang tempoh 22 tahun pelaksanaan SSM sejak 2002, landskap pekerjaan, teknologi dan keperluan ekonomi telah berubah secara drastik, sekali gus menuntut satu kajian sistem saraan yang lebih holistik dan mampan.
"Cabaran utama yang dikenal pasti ialah pendapatan boleh guna penjawat awam yang tidak seimbang dengan inflasi. Selain itu, kerajaan juga perlu melihat kepada kemampanan fiskal negara dalam menguruskan perbelanjaan emolumen dan faedah persaraan," katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama, baru-baru ini.
Hasmarulaini berkata sistem itu bukan sekadar tertumpu kepada kenaikan gaji semata-mata, sebaliknya berteraskan falsafah ganjaran menyeluruh.
Beliau berkata SSPA diperkenalkan dengan empat objektif utama iaitu memberi pengiktirafan kepada penjawat awam berprestasi tinggi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, mengoptimumkan sumber manusia serta meningkatkan kualiti perkhidmatan awam secara keseluruhan.
"Kita tidak hanya melihat kepada aspek kewangan. Fasa 2 SSPA memberi penekanan khusus kepada pembangunan bakat, kompetensi digital dan laluan kerjaya yang lebih jelas. Ini penting bagi memastikan perkhidmatan awam kekal relevan dengan keperluan masa hadapan yang berteraskan teknologi," katanya.
Menyentuh mengenai persaingan bakat dengan sektor swasta, Hasmarulaini mengakui kerajaan mungkin tidak dapat bersaing sepenuhnya dari segi nilai gaji tunai, namun perkhidmatan awam menawarkan pakej kesejahteraan yang lebih luas.
"Pakej kita adalah menyeluruh. Selain gaji dan imbuhan tetap, penjawat awam menikmati pelbagai kemudahan lain seperti kemudahan perubatan, cuti, serta persekitaran kerja yang mampan. Prinsip rate for the job tetap diamalkan, bagi memastikan upah yang diberikan setimpal dengan beban tugas dan kelayakan akademik," katanya.
SSPA yang mula berkuat kuasa pada 1 Dis 2024 merupakan inisiatif besar kerajaan bagi menggantikan SSM. Ia diperkenalkan sebagai reformasi dalam perkhidmatan awam untuk meningkatkan motivasi kakitangan melalui struktur gaji yang lebih kompetitif serta penilaian prestasi yang lebih adil dan telus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SSPA
#penjawat awam
#SSM
#perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan