awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Malawati dijadikan CAC mulai esok

Bernama
Bernama
07/02/2021
04:56 MYT
Stadium Malawati dijadikan CAC mulai esok
CAC di Stadium Malawati Shah Alam akan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada Ahad. Foto Google Street
SHAH ALAM:Stadium Malawati, di sini akan beroperasi sebagai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi daerah Petaling, mulai esok.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata CAC itu akan menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di SS15 berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit COVID-19.
"CAC di Dewan MPSJ hanya mempunyai kapasiti seramai 500 pesakit sehari berbanding CAC di Stadium Malawati yang boleh menampung sehingga 1,500 pesakit... keputusan ini dibuat berikutan jumlah kes baharu di daerah Petaling yang meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata CAC itu akan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada Ahad.
CAC itu akan memainkan peranan untuk menilai pesakit COVID-19 sebelum menempatkan mereka di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Serdang atau hanya diarah menjalani kuarantin di rumah, katanya.
Beliau berkata selain Stadium Malawati, CAC turut beroperasi di lapan daerah lain seperti di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Stadium Malawati mendapati petugas Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Pertahanan Awam sibuk membuat persiapan bagi memastikan operasi CAC berkenaan berjalan lancar esok.
Sebelum ini, tular di aplikasi WhatsApp bahawa Stadium Malawati akan dijadikan CAC berikutan peningkatan jumlah kes yang tinggi di daerah Petaling.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKRC
#CAC
#MPSJ
#shah alam
#Stadium Malawati
#pusat penilaian COVID-19
#Petaling
#Sha'ari Ngadiman
#jabatan kesihatan selangor
#Kapasiti
#Hospital
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan