awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stor penyimpanan kereta potong musnah dalam kebakaran

Bernama
Bernama
02/05/2017
04:21 MYT
Stor penyimpanan kereta potong musnah dalam kebakaran
Sebuah stor penyimpanan kereta potong di Jalan Sungai Besi di sini, musnah dalam kebakaran pada Isnin.
Siasatan awal pihak bomba mendapati kebakaran di bengkel berkeluasan kira-kira 56 meter persegi itu berlaku apabila percikan api ketika kerja pengasingan komponen kenderaan terkena kesan-kesan minyak di kawasan berkenaan.
"Selain itu, komponen kenderaan yang mudah terbakar juga menjadi faktor api marak dengan cepat dan menyukarkan usaha memadamkan kebakaran," kata Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Mohd Ghazali Johari kepada Bernama mengenai kebakaran pada 3.30 petang itu.
Kira-kira 20 pegawai dan anggota bomba bersama tiga jentera dari balai bomba Pudu, Hang Tuah dan Bandar Tun Razak terlibat dalam kerja memadamkan kebakaran itu..
Mohd Ghazali berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan - BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#kebakaran
#kemalangan
#kereta
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan