MALAYSIA
STPM perlu dipertahankan, laluan penting ke institusi tempatan, luar negara - Alumni GPMS
KUALA LUMPUR: Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan mahu Kementerian Pendidikan (KPM) terus mempertahankan kelangsungan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan penting untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Ringkasan AI
- Alumni GPMS Kebangsaan menolak sebarang cadangan pemansuhan STPM dan menggesa KPM mempertahankan kelangsungan serta integriti peperiksaan itu sebagai laluan penting ke pengajian tinggi.
- Mereka mencadangkan peluasan program prauniversiti ke lebih banyak IPTA melalui pendekatan -Satu IPTA, Satu Prauniversiti- bagi memastikan akses pendidikan berkualiti yang seimbang di seluruh negara.
- Alumni GPMS turut menggesa pelantikan awal bagi jawatan utama pendidikan, pengisian segera kekosongan jawatan pengarah pendidikan negeri, serta penjelasan lanjut mengenai dasar kemasukan automatik ke matrikulasi bagi pelajar cemerlang SPM.
Perkara itu antara yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Alumni GPMS Kebangsaan kali ketiga yang berlangsung di ibu negara semalam.
Sementara itu, mesyuarat turut mencadangkan agar program prauniversiti di institut pengajian tinggi awam (IPTA) diperluas ke IPTA yang terletak di pantai timur dan selatan tanah air atau dilaksanakan menerusi pendekatan "Satu IPTA, Satu Prauniversiti" di setiap negeri.
"Alumni GPMS Kebangsaan percaya langkah ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian pada peringkat prauniversiti, sekali gus memastikan keseimbangan akses pendidikan berkualiti di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, persatuan berkenaan turut memohon KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan semula dasar had umur pelantikan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) serta Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri dan mencadangkan agar perlantikan jawatan-jawatan penting itu dibuat sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum tempoh persaraan wajib atau sebelum pegawai tersebut ditukarkan ke jawatan lain.
"Ini bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang kukuh dan mengelakkan persepsi bahawa pelantikan di penghujung usia perkhidmatan hanyalah sebagai ganjaran sebelum bersara kepada pegawai-pegawai berkenaan," menurut kenyataan itu lagi.
Mesyuarat turut bersetuju untuk memohon KPM mempercepat pengisian jawatan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pengarah Pendidikan WP Labuan, Pengarah Pendidikan Kedah, Pengarah Pendidikan Kelantan, Pengarah Pendidikan Pahang serta Pengarah Pendidikan Terengganu, berikutan terdapat kekosongan jawatan utama tersebut.
"Ini bagi memastikan tiada berlakunya kelompongan punca kuasa yang boleh menjejaskan keberkesanan tadbir urus pendidikan di peringkat negeri dan institusi," menurut kenyataan itu.
Alumni GPMS Kebangsaan juga meminta KPM memberi penjelasan terperinci mengenai pengumuman Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkaitan kemasukan secara automatik ke Pusat Matrikulasi bagi lepasan SPM yang memperoleh keputusan A dalam semua subjek.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami