KUALA LUMPUR: Struktur kos pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dikaji setiap tiga bulan oleh Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Indonesia.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan di sini hari ini berkata ia bagi memastikan struktur kos berkenaan seiring dengan keperluan semasa yang mengambil kira perubahan kadar tambang pengangkutan dan kos ujian kesihatan.
Beliau berkata struktur kos pengambilan PDI yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) merangkumi 15 komponen kos di Malaysia dan Indonesia.
"Contoh komponen kos di Malaysia antaranya termasuklah Deposit Keselamatan Imigresen, insurans, pemeriksaan kesihatan, levi, dan permit kerja.
"Contoh komponen kos di Indonesia pula antaranya seperti pasport, visa kerja, sijil kesihatan, sijil kompetensi, dan ujian psikologi. Semua kos pengambilan PDI adalah di bawah tanggungan majikan selaras dengan garis panduan Fair Recruitment Initiative yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)," katanya.
Saravanan berkata MoU PDI yang ditandatangani pada 1 April lepas di Jakarta, Indonesia merupakan penambahbaikan daripada MoU terdahulu di mana struktur kos sebelum ini hanya menggariskan komponen yang terlibat tanpa menetapkan kadar harga.
"Pelbagai masalah timbul dalam pelaksanaan MoU terdahulu kerana struktur kos yang tetap dan terlampau rendah berbanding pasaran semasa yang menyebabkan majikan terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan khidmat PDI dan perkara ini telah diatasi dalam MoU PDI baharu," katanya.
Saravanan berkata menerusi MoU itu, majikan dijangka dapat menjimatkan kos pengambilan sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 memandangkan tiada lagi keperluan kuarantin bagi PDI kecuali bagi mereka yang positif semasa ujian saringan COVID-19 dilakukan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Struktur kos pengambilan PDI yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) merangkumi 15 komponen. - Gambar fail
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
PDI dari Indonesia tidak tiba, PAPSMA cadang kerajaan cari alternatif dari negara lain
Kerajaan tidak boleh hanya melihat Indonesia sebagai sumber untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing dalam negara.
Struktur kos pengambilan PDI akan dikaji setiap tiga bulan - Saravanan
Ia bagi memastikan struktur kos berkenaan seiring dengan keperluan semasa yang mengambil kira perubahan kadar tambang pengangkutan dan kos ujian kesihatan.
Anda buruh migran Indonesia di Malaysia? 5 inisiatif kerajaan Malaysia yang perlu anda tahu
Beberapa inisiatif dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam menjaga kebajikan buruh migran Indonesia dari sudut perlindungan sosial.
MoU PDI Malaysia-Indonesia libatkan pembantu rumah ditunda 1 April ini - Saravanan
Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) meliputi pembantu rumah yang akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia ditunda pada 1 April ini.
Malaysia-Indonesia meterai MoU PDI, pembantu rumah minggu ini - Saravanan
Saravanan berkata, MoU itu akan ditandatangani di Jakarta, Indonesia.
Malaysia dijangka tandatangani MoU PDI bulan depan - Saravanan
Tarikh perjanjian dimeterai akan ditentukan oleh kerajaan Indonesia dalam waktu terdekat.
Mesyuarat Jemaah Menteri setuju MoU PDI ditandatangani segera - Saravanan
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju agar Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dengan segera.
Malaysia, Indonesia setuju konsep 'one maid one task'
Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan konsep 'one maid one task', kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Syarikat Malaysia wajar melabur dalam sektor aeroangkasa AS
Malaysia mungkin sedang berusaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) untuk sektor aeroangkasanya, namun kemungkinan untuk bekerjasama dengan syarikat Amerika Syarikat (AS).