ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di sini pagi tadi
Mereka yang terlibat merupakan sepasang suami isteri yang berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia lingkungan setahun.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Ezanee Hamat, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.02 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan, iaitu Honda Jazz yang dinaiki sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak berumur setahun, serta sebuah lori jenis Isuzu.
“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Kejadian berkenaan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih tiga kilometer bagi laluan menghala ke utara.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Oct 28 2022

Kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan, iaitu Honda Jazz yang dinaiki sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak berumur setahun, serta sebuah lori jenis Isuzu. - Ihsan JBPM

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menerusi Dialog Shangri-La 2023
Perkara itu selaras dengan tonggak ketiga strategi pertahanan negara yang menekankan perkongsian berwibawa.

Pemain kriket wanita tagih pendedahan antarabangsa
Mereka perlu bersaing di luar negara sekurang-kurangnya sebulan sekali berbanding purata tiga hingga empat kali setahun.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Van bawa jenazah terbalik di LPT1
Sebuah van jenazah membawa jenazah seorang wanita terbalik dalam kemalangan di Kilometer 128.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi Ahad.

Anwar berduka dengan berita kemalangan kereta api di Odisha
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa duka dengan insiden tragis yang membabitkan kemalangan kereta api di negeri Odisha, India.

Bapa maut, dua anak cedera selepas kereta jatuh dalam gaung
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari.

Seorang maut, 4 cedera kemalangan babit dua kenderaan
Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Felda Jengka 6 menghala Felda Jengka 3, hari ini.

Polis kesan pemandu kereta Proton pandu secara berbahaya
Satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian kemalangan yang dipercayai berlaku pada jam 5 petang Khamis itu.

3 sekeluarga maut: Pemandu, penumpang Toyota Hilux akan dipanggil
Polis akan memanggil pemandu serta penumpang kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan maut dengan sebuah kereta di Tangkak, pada Khamis.

Tiga maut, lima cedera nahas dua kenderaan
Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, pada Khamis.

Dua individu maut, van bertembung treler
Dua individu maut selepas van yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di jalan Kota Bharu-Machang-Jeli berhampiran Kampung Batang Merbau dekat sini pada Selasa.

Pemandu kereta maut dalam kejadian langgar lari
Ketika kejadian jam 8.30 malam lelaki berkenaan sedang memandu dalam dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.