awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor

Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2024
11:35 MYT
Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
MPV milik suspek mengalami kerosakan setelah melanggar motosikal dinaiki pasangan suami isteri dan kereta di Ipoh. - Foto/ Ihsan polis
IPOH: Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 1.15 pagi itu, lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Elgrand turut melanggar sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati suspek berusia 44 tahun itu sedang memandu MPV dari Jalan Ashman Shah menuju ke Jalan Raja Musa Aziz.
"Sampai di tempat kejadian, dia terlanggar sebuah motosikal menyebabkan penunggang dan pembonceng berusia 27 dan 32 tahun mengalami cedera ringan.
"Suspek bertindak mengundur kenderaan lalu terlanggar sebuah kereta sebelum membuat pusingan U dan masuk ke Jalan Kamaruddin Isa.
"Pemandu MPV tersebut kemudian telah hilang kawalan selepas melanggar penghadang batu di Jalan Sybil Kathigasu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, suspek ditahan dan hasil ujian pernafasan mendapati kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 20 rekod saman trafik termasuk empat kesalahan kemalangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan," katanya.
Abang Zainal Abidin berkata, saksi kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#kemalangan jalan raya
#Ipoh
#Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.