awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri disyaki edar dadah antara tiga ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2021
21:15 MYT
Suami isteri disyaki edar dadah antara tiga ditahan
Kesemua suspek diberkas menerusi operasi yang dijalankan kira-kira jam 7.10 malam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri antara tiga individu diberkas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di kawasan Jalan Yew Pudu dan Taman Desa Petaling pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komissioner Sahar Abdul Latif berkata, kesemua suspek diberkas menerusi operasi yang dijalankan kira-kira jam 7.10 malam.
"Polis berjaya memberkas dua lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara asing berusia dalam lingkungan 34 hingga 55 tahun di mana suspek wanita dalam kes ini adalah isteri kepada suspek kedua yang ditangkap.
"Serbuan pertama yang telah dijalankan di hadapan kedai Frozen Food, Jalan Yew Pudu berjaya menahan suspek pertama dan merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 254 gram di dalam bungkusan plastik dipegang suspek. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM200," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Sahar berkata, hasil siasatan yang dijalankan kemudiannya berjaya menahan seorang lagi suspek di hadapan sebuah restoran di Jalan Yew Pudu.
"Turut dirampas adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 10 gram dan wang tunai berjumlah RM 247," katanya.
Menurutnya, serbuan berikutnya dijalankan di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur dan berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 875 gram serta ketamin seberat 734 gram.
"Siasatan dijalankan mendapati premis tersebut dijadikan tempat penyimpanan dadah dan telah disewa selama sebulan oleh seorang suspek dengan bayaran sewa RM1,200 sebulan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Dadah
#sindiket
#suami isteri
#Sahar Abdul Latif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan