Suami isteri maut motosikal rempuh belakang lori rosak diparkir tepi jalan, polis cari pemilik

Polis sedang mengesan pemilik serta pemandu lori berkenaan bagi membantu siasatan. - Gambar/ IPD Mukah
SIBU: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 97 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, berhampiran Spiring, Selangau, dekat sini malam tadi.
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri maut selepas motosikal mereka merempuh lori rosak di Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu.
- Mangsa dikenal pasti sebagai Kelly Baling dan isterinya Belula Amin, keduanya berusia 28 tahun.
- Polis sedang mengesan pemilik serta pemandu lori berkenaan bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan kematian pasangan tersebut.
"Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Selangau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat pasangan itu dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muhammad Rizal berkata polis sedang mengesan pemilik serta pemandu lori berkenaan bagi membantu siasatan dan orang awam yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Rahmat Jalimin melalui talian 011-3162 7137/084-871222, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Dalam pada itu, beliau meminta pemandu kenderaan berat yang mengalami kerosakan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan, khususnya pada waktu malam kerana boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Sekiranya kenderaan rosak, pastikan tanda amaran diletakkan secukupnya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memaklumkan pengguna jalan raya lain mengenai kenderaan yang berada di lokasi tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


