awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami maut, isteri parah, kenderaan terbabas jatuh dari jejambat

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
21/10/2020
03:32 MYT
Suami maut, isteri parah, kenderaan terbabas jatuh dari jejambat
Kereta berkenaan dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan lalu terjatuh ke bawah jejambat KKIA. - Foto PDRM
KOTA KINABALU:Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh dari jejambat di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun tersangkut pada tembok jejambat terbabit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, isteri mangsa yang berusia 35 tahun dipercayai terjatuh bersama kereta daripada jejambat dan mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Habibi Majinji yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu dan mendapati ia hanya membabitkan sebuah kereta Proton Saga.
"Kereta berkenaan dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan lalu terjatuh ke bawah jejambat KKIA.
"Mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala isterinya dibawa menaiki ambulans ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2)," katanya.
Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#terbabas
#jatuh
#jejambat
#maut
#kemalangan
#KKIA
#Kota Kinabalu
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan