LUMUT: Seorang lelaki sempat menghantar gambar swafoto kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka, sebelum terkorban dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan, Kampung Acheh, Setiawan, di sini semalam.
Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat minyak dan gas, bersama seorang lagi penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya, Hasrandy Bahrum, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang.
Isteri Mohd Nur Hisham, Nur Syahirah Abdullah, 25, berkata beliau berasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu terjadi apabila suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja gagal dihubungi.
Beliau berkata suaminya sempat menghantar gambar swafoto 10 minit sebelum habis kerja pada pukul 5 petang dan berasa pelik suaminya masih belum pulang kerana kebiasaannya dalam 10 minit sudah sampai rumah.
"Saya kemudian mencari suami di rumah rakannya di sekitar taman perumahan dan terkejut apabila mereka memberitahu sedang mengenal pasti mangsa rempuhan kereta melalui sebuah video yang tular di aplikasi WhatsApp.
"Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian tetapi semua mangsa telah dibawa ke hospital. Saya cuma dapat mengecam sebuah topi keledar di tempat kejadian yang saya pasti milik suami saya, luluh perasaan saya ketika itu," katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.
Nur Syahirah reda dengan pemergian suaminya itu biarpun mereka sepatutnya sedang 'berbahagia' menanti cahaya mata apabila beliau disahkan hamil tujuh minggu selepas berkahwin dua tahun lalu.
Beliau juga tidak menyangka perbualan dengan suami mengenai kematian, akhirnya menjadi kenyataan seawal ini, namun tidak akan lupa nasihat suami agar menjaga akhlak dan sentiasa kuat sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya.
"Cuma saya berasa sedih apabila semalam beliau pergi kerja tanpa memegang dan bercakap dengan baby (bayi) dalam perut seperti kebiasaan sebelum ini. Allah lebih sayangkan dia," katanya yang bekerja sebagai pereka baju di sebuah syarikat pakaian di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Preve tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh kumpulan penunggang motosikal.
Katanya kemalangan itu turut menyebabkan empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung, manakala pemandu kereta berusia 38 tahun tersebut, melarikan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Nur Syahirah, 25, berkata beliau berasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu terjadi apabila suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja gagal dihubungi. - BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.
Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.