awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami ugut bunuh isteri dan mertua ditahan

Bernama
Bernama
18/04/2017
02:06 MYT
Suami ugut bunuh isteri dan mertua ditahan
Suami mangsa membawa parang dan mengancam mahu membunuh mangsa serta ibu bapa mangsa. - Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 40 tahun yang mengancam hendak membunuh isteri dan ibu bapa mertuanya ditahan polis di Kampung Tunku Abdul Rahman, Batu 10 Lambir, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, selain melakukan ugutan jenayah, suspek yang bekerja sendiri itu telah mencekik leher isterinya yang berumur 37 tahun dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 malam, Ahad lepas.
"Suami mangsa membawa parang dan mengancam mahu membunuh mangsa serta ibu bapa mangsa yang tinggal di Tudan dan bimbang dengan ugutan itu, mangsa bersama anak-anaknya melarikan diri dari rumah tempat mereka tinggal bersama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khoo berkata, menurut isteri mangsa, suspek yang pernah menjalani rawatan pemulihan penagihan dadah di Kuching adalah seorang panas baran dan sering bertindak ganas apabila marah.
"Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa tidak berani balik ke rumah dan terus membuat laporan polis," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#jenayah
#polis
#rumah
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan