KUALA LUMPUR: Bebanan kos sara hidup dan cara kerajaan menanganinya antara topik utama yang sering dibincangkan rakyat pada masa kini.
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah, Khairuddin Hamzah berkata peningkatan harga di kantin sekolah berlaku bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat, selain beberapa bahan asas yang menyaksikan peningkatan mendadak.
Menerusi undian Suara Malaysia di Astro AWANI sehingga jam 6.34 petang tadi, daripada keseluruhan 651 responden, 86 peratus atau 560 resah dengan kenaikan harga makanan, 11 peratus atau 72 responden resah dengan kenaikan harga kos perubatan, manakala tiga peratus atau 19 responden lagi resah dengan kos pengangkutan.
Hari ini (10 Januari 2023), Astro AWANI mengajukan soalan kepada netizen bertanyakan soalan mengenai 'Pantau Harga: Kos apa yang meresahkan anda?'.
Kami menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu dan kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi di Astro AWANI.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Faida Rahim
Mon Jan 09 2023
Bebanan kos sara hidup dan cara kerajaan menanganinya antara topik utama yang sering dibincangkan rakyat pada masa kini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PM mahu susulan segera dibuat berkaitan MoU, pelaburan dicapai di Australia - Fahmi
Anwar mahu Jemaah Menteri membuat tindakan susulan segera, berkaitan MoU yang dimeterai dan komitmen pelaburan yang dicapai pada lawatan ke Australia baru-baru ini.
Semakin ramai penduduk di Perancis tidak mampu makan 3 kali sehari - Tinjauan
Semakin ramai penduduk di Perancis terpaksa mengurangkan kos untuk makanan dan kesihatan kesan daripada masalah kewangan yang dihadapi, menurut tinjauan baharu pada Rabu.
#SuaraMalaysia: 85 peratus resah dengan kos makanan
Sememangnya situasi ekonomi yang tidak menentu memberi impak langsung terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.
#SuaraMalaysia: Majoriti akui kos makanan ketika ini meresahkan
Apabila kenaikan harga makanan melebihi paras kebiasaan sudah tentu ia merisaukan banyak pihak bukan sahaja di peringkat pembeli malah peniaga juga turut terkena tempias sama.
#SuaraMalaysia: 86 peratus responden resah kenaikan harga makanan
Bebanan kos sara hidup dan cara kerajaan menangani antara topik utama yang sering dibincangkan rakyat pada masa kini.