awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suasana pilu, keluarga dan sahabat tunggu ketibaan jenazah Nidza Afham

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/08/2024
08:55 MYT
Suasana pilu, keluarga dan sahabat tunggu ketibaan jenazah Nidza Afham
Sebahagian ahli keluarga, saudara dan rakan Allahyarham yang sudah tiba di Masjid Puncak Alam.
PUNCAK ALAM: Suasana pilu menyelubungi keluarga, saudara dan sahabat Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar di Masjid Puncak Alam di sini, petang ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati sudah ramai yang tiba bagi menunggu untuk menunaikan solat jenazah yang dijangka akan dilakukan selepas solat Asar.
Difahamkan, van yang membawa jenazah Allahyarham Nidza Afham ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam sudah dalam perjalanan dari Hospital Shah Alam (HSA).
Proses bedah siasat ke atas jenazah telah selesai dilakukan dan Allahyarham dimandikan serta dikafankan di Unit Perubatan Jabatan Forensik HSA.
Laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kes Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang pada petang Rabu dijangka diperoleh petang ini.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan bedah siasat itu akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.
Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie, dilaporkan hilang 7.45 petang pada Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.
Dompet dan telefon bimbit milik Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang.
Topic Berkaitan
#Nidza Afham
#solat jenazah
#tanah perkuburan
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan