Pemangku Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan proses pemilihan semula parti secepat mungkin bagi membolehkan parti itu kembali kepada keadaan sedia kala.
"Oleh itu, MIC kini memberi keutamaan untuk menyelesaikan proses pemilihan semula parti sebelum Oktober ini. Kita mahu menyelesaikan krisis dalaman parti dan seterusnya memulihkan kembali keadaan parti seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program MySihat di SJK(T) Rantau dekat sini, hari ini.
Katanya apa yang berlaku sepanjang satu tahun setengah ini telah mengganggu parti menyebabkannya tidak bergerak langsung.
"Kita tidak boleh di dalam keadaan yang sama dalam satu jangka masa yang lama kerana ini akan memberi kesan ke atas parti dan masyarakat pada keseluruhannya.
"Selain itu, ia turut memberi kesan terhadap pencapaian kita pada pilihan raya umum akan datang. Memandangkan UMNO telah mempunyai keputusan untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan dan jika ini telah ditetapkan, kita kena bersedia," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata ketua-ketua cawangan dan pemimpin MIC di peringkat akar umbi perlu memahami perkara ini untuk sama-sama memulihkan parti agar ia boleh berfungsi dengan segera.
"Kalau kita tidak berbuat demikian maka kita akan menghadapi masalah serius. Itu yang paling penting dan itu tanggungjawab saya untuk membawa parti kepada keadaan biasa," katanya.
Bernama
Sun Jun 28 2015
Dr S. Subramaniam berkata beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan proses pemilihan semula parti secepat mungkin bagi membolehkan parti itu kembali kepada keadaan sedia kala.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Al-Sultan Abdullah sangat berhemah, tenang ketika buat keputusan semasa krisis politik
Al-Sultan Abdullah terserlah dengan kewibawaan baginda yang sentiasa tenang menghadapi kemelut politik dan krisis Perlembagaan.
Krisis politik Guatemala: Pendakwa raya rampas dokumen pilihan raya
Krisis politik di Guatemala semakin memuncak selepas pendakwa raya menyerbu tribunal pilihan raya negara itu untuk mendapatkan dokumen berkaitan pilihan raya presiden Ogos lalu.
Ratusan ditahan ekoran situasi politik tegang di Senegal
Ratusan orang telah ditahan di seluruh negara sejak protes berdarah meletus sebagai reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pemimpin pembangkang, kata seorang pegawai pada Ahad.
Rakyat Bulgaria mula mengundi dalam pilihan raya awal
Hampir 6.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala 738 peti undi dibuka di 62 negara, menurut Kementerian Luar.
Lawatan Anwar ke Bangkok bakal pacu rundingan damai di selatan Thailand
Ahli akademik dan pakar yakin bahawa lawatan Anwar dijangka menyumbang momentum kepada proses dialog damai selatan Thailand.
RUU Antilompat Parti untuk elak negara berhadapan konflik politik berterusan - PM
Pindaan dilakukan bagi memberikan mesej jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili.
Krisis Sri Lanka: PM jemput penunjuk perasaan sertai kerajaan
Di bawah cadangan reformasi perlembagaan, kuasa Presiden akan dikurangkan dan kuasa Parlimen diperkukuhkan.
Sri Lanka naikkan lagi harga bahan api
Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan Sri Lanka sekali lagi menaikkan harga bahan api berkuat kuasa Selasa.
Tindakan ahli politik jadikan diri 'komoditi' punca krisis politik tidak berkesudahan - Tok Mat
Sikap ahli politik yang menjadikan diri mereka sebagai 'komoditi' menyebabkan negara berada dalam situasi politik yang amat janggal dan tidak pernah dilalui sebelum ini.