KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz membidas kerajaan yang dianggap lewat mengambil tindakan dalam membantu meredakan impak COVID-19.
Kata Rafidah, kerajaan sepatutnya sudah bekerjasama dengan pihak swasta dan NGO untuk melaksanakan kajian penilaian impak yang teliti sejak awal pandemik melanda.
"Bukan sahaja kesan ekonomi dan kesihatan, tetapi saya paling bimbang dengan kesan sosial. Sekolah ditutup, kini persekolahan secara dilakukan secara maya.
"Apa yang sudah dilakukan untuk membolehkan anak-anak kita terus bersekolah? Adakah sekolah dipersiapkan untuk menjalankan kelas secara fizikal? Adakah guru-guru sudah dipersiapkan dengan mindset untuk gunakan sekolah dengan cara baharu?
"Dan apabila sekolah dibuka nanti, bagaimana pula pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan?
"Dahulu, satu kelas ada 35 orang pelajar sebab boleh duduk dekat-dekat. Lepas ni, macam mana?
"Siapa yang buat kajian? Saya tak nampak kementerian berkaitan buat apa-apa, buat 'TikTok' adalah," katanya yang muncul sebagai tetamu program Perspektif yang disiarkan di Astro AWANI, malam ini.
Kajian penilaian impak, katanya perlu dibuat di peringkat akar umbi secara berkala pada waktunya untuk memungkinkan pengubahsuaian dibuat sesuai dengan keadaan.
Madiha Abdullah
Wed Feb 17 2021
Kerajaan sepatutnya sudah bekerjasama dengan pihak swasta dan NGO untuk melaksanakan penilaian impak sejak awal pandemik melanda. - Gambar fail/ Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Laksanakan analisis faedah kos bagi penyasaran subsidi - Rafidah
Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan agar penyasaran subsidi yang bakal dilaksanakan pada tahun depan diperhalusi, termasuk melaksanakan analisis faedah kos.
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir
Cadangan pemotongan gaji dan elaun menteri bukan penyelesaian yang dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz
Jelas Rafidah lagi, visi dan tumpuan Malaysia pada satu masa dahulu adalah untuk berada dalam infrastruktur serantau dan global.
Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah
Rafidah berkata Malaysia kekurangan faktor tarikan untuk memastikan pelabur luar datang ke Malaysia dan pelabur domestik turut menerima faedah.
Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz
Beliau turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas.
RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz
Rafidah mengakui terkejut dengan intipati RMK-12 yang pada sangkaannya, akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan negara dalam semua aspek.
Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju