awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhaimi Sulaiman dilantik Pengerusi baharu Bernama

Bernama
Bernama
08/04/2020
08:31 MYT
Suhaimi Sulaiman dilantik Pengerusi baharu Bernama
Suhaimi, 57, yang berpengalaman dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI. - Foto Bernama
Personaliti penyiaran dan pakar strategi media tanah air Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu bagi tempoh satu tahun berkuatkuasa 1 Feb lepas.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Azmi Ariffin dilantik semula sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama, juga bagi tempoh satu (1) tahun berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengumumkan perkara ini dalam satu kenyataan hari ini, berkata Suhaimi menggantikan tokoh media Datuk Seri Azman Ujang.
"Kementerian mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Azman atas perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bernama sejak tahun 2016," katanya.
Menteri itu turut mengumumkan pelantikan barisan 12 Anggota Lembaga Pengelola Bernama dan empat Anggota Majlis Penyeliaan Bernama, yang berkuatkuasa bagi tempoh perkhidmatan yang sama.
Saifuddin berkata pelantikan mereka telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan peruntukan Akta Bernama 1967 [Akta 780].
Suhaimi, 57, yang berpengalaman dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.
Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
"Kementerian berharap Pengerusi Bernama serta barisan Anggota Lembaga Pengelola yang baharu ini berupaya membawa Bernama ke tahap yang lebih tinggi sebagai agensi berita yang berwibawa selaras dengan hasrat serta kepentingan awam," kata Saifuddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Azmi Ariffin
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#Pengerusi Bernama
#Saifuddin Abdullah
#Suhaimi Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan