awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim ingatkan penjawat awam hidup ikut kemampuan, elak rasuah

Bernama
Bernama
15/10/2023
08:19 MYT
Sultan Ibrahim ingatkan penjawat awam hidup ikut kemampuan, elak rasuah
Sultan Ibrahim bertitah semua penjawat awam hendaklah mengisytiharkan harta setiap tahun kerana ia satu daripada cara untuk mencegah pemilikan harta luar biasa. - Foto FB Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengingatkan penjawat awam di negeri ini daripada peringkat bawahan hingga ke atasan supaya hidup dalam kadar mengikut kemampuan sendiri.
Sultan Ibrahim bertitah peringatan itu adalah bagi mengelakkan penjawat awam di negeri ini terbabit dalam rasuah.
Baginda bertitah semua penjawat awam hendaklah mengisytiharkan harta setiap tahun kerana ia satu daripada cara untuk mencegah pemilikan harta luar biasa.
"Pada masa sama, kerajaan boleh mengkaji gaji segelintir kakitangan awam yang terlalu rendah kerana ini juga boleh menjadi faktor tekanan hidup, terutama di bandar-bandar besar," titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.
Sultan Johor bertitah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain turut membangkitkan perkara sama bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota terlibat dengan salah guna kuasa atau perbuatan rasuah.
Baginda bertitah penjawat awam di negeri ini perlu sentiasa menerapkan integriti tinggi yang mampu meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap mereka.
"Penjawat awam perlu hidup dalam kemampuan sendiri dan perlu ingat mana-mana penjawat awam hidup mewah hasil daripada rasuah tidak akan terlepas daripada siasatan pihak berkuasa.
"Anda (penjawat awam) semua diperhatikan. Sudah semestinya, mana-mana penjawat awam menjalani gaya hidup mewah melebihi taraf kehidupan yang munasabah menimbulkan tanda tanya," titah Sultan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#penjawat awam
#kemampuan sendiri
#Rasuah
#mengisytiharkan harta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan