NATIONAL
Sultan Ibrahim ucap selamat jalan, doakan jemaah haji rombongan Kerajaan Johor

Rombongan pertama jemaah haji Kerajaan Johor akan berangkat ke Tanah Suci malam ini (14 Mei) dan seterusnya pada Khamis dan Sabtu. - Gambar/ FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada 500 bakal jemaah haji rombongan Kerajaan Johor yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim ibadah haji 1446H/2025M.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan selamat jalan dan mendoakan kesihatan serta kelancaran urusan ibadah kepada 500 bakal jemaah haji dari Johor.
- Rombongan pertama jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci pada malam ini (14 Mei), diikuti dengan penerbangan pada Khamis dan Sabtu.
- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang 500 pek makanan kepada jemaah haji, disampaikan oleh Datuk Avinderjit Singh kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
"Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) turut menyumbang 500 pek makanan kepada rombongan berkenaan yang disampaikan oleh Datuk Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ," menurut hantaran itu.
Sumbangan itu disampaikan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Nasri Md Ali di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru hari ini, dan turut hadir semasa penyampaian sumbangan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian.
Dalam hantaran sama, Avinderjit berkata menerusi pemberian pek makanan kepada jemaah, sedikit sebanyak ia akan dapat memudahkan urusan mereka semasa menunaikan ibadah haji.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami