awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar

Bernama
Bernama
15/02/2025
10:45 MYT
Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (tiga, kanan) berkenan merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar di Mergong, hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) pada majlis yang diadakan di hospital itu, di sini hari ini.
Berangkat sama Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah Che Puan Nur Julie Ariff.
Turut hadir Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Kumpulan Aurelius Healthcare Datuk Amir Firdaus Abdullah.
Pada majlis itu, Sultan Sallehuddin berkenan melafazkan perasmian dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian sebelum melawat hospital berkenaan.
Terdahulu, Amir Firdaus dalam ucapannya berkata AHAS berazam untuk mengubah lanskap penjagaan kesihatan di utara tanah air.
Beliau berkata AHAS kini mempunyai kapasiti penuh sebanyak 250 katil sekali gus menjadi hospital swasta terbesar di negeri ini yang dilengkapi kemudahan dan teknologi canggih bertaraf dunia.
Menurutnya AHAS juga sedang berkembang sebagai pusat penjagaan kesihatan tertiari yang serba lengkap dan berkualiti tinggi dengan 21 pakar perunding residen.
"AHAS menampilkan Pusat Kecemerlangan Kardiologi, Ortopedik dan Tulang Belakang, Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak serta Neurosis yang setanding dengan pusat perubatan tertiari swasta lain di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Selain itu, ia turut dilengkapi makmal kateterisasi vaskular hibrid (OT Catch Lab) untuk prosedur jantung dan vaskular lanjutan, pengimbas CT berkuasa kecerdasan buatan (AI) untuk diagnosis lebih pantas dan tepat serta sistem sinar-X DDR Challenger X terbaharu yang hanya terdapat dua unit sahaja di Malaysia yang dapat menawarkan keupayaan pengimejan terunggul.
"Turut menampilkan Unit Rawatan Rapi (ICU) terbesar dalam kalangan pusat perubatan swasta di Kedah yang dilengkapi peralatan perubatan canggih. Sistem maklumat hospital yang bersepadu sepenuhnya memastikan pendigitalan lengkap rekod perubatan pesakit sekali gus meningkatkan kecekapan dan penjagaan pesakit," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Kedah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#merasmikan
#Aurelius Hospital Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan