Skip to main content

Malaysia

Sultan Kedah sempurnakan Majlis Agihan Zakat Tahun 2026

Sumber: Astro AWANI
Sultan Sallehuddin (tengah) mengurniakan Anugerah Penolong Amil Terbaik Peringkat Daerah kepada seorang daripada 12 penolong amil melibatkan setiap daerah di Kedah, selain Anugerah Tokoh Penolong Amil Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 kepada dua orang penolong amil. - Gambar Astro AWANI

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan Majlis Agihan Zakat dan berbuka puasa tahun 2026 di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri Kedah, Mergong, di sini, pada Ahad.

Pada majlis berkenaan, baginda berkenan menerima persembahan zakat daripada lima syarikat korporat membabitkan jumlah keseluruhan RM6.73 juta.

Advertisement

Sultan Sallehuddin turut menyempurnakan gimik agihan zakat bagi tahun 2026 berjumlah RM421.9 juta meliputi lima sektor utama iaitu makanan, sara hidup dan pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan serta kebajikan.

Baginda juga berkenan mengurniakan agihan zakat fitrah tahun ini kepada kumpulan asnaf fakir, miskin, muallaf dan fi sabilillah dengan jumlah keseluruhan RM13.5 juta.

Pada majlis sama, Sultan Kedah mengurniakan Anugerah Penolong Amil Terbaik Peringkat Daerah kepada 12 orang penolong amil melibatkan setiap daerah di Kedah, selain Anugerah Tokoh Penolong Amil Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 kepada dua orang penolong amil.

Selain itu, Sultan Sallehuddin juga berkenan untuk menunaikan bayaran zakat fitrah bagi tahun 2026 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk baginda serta keluarganya.

 

 

Must Watch Video