KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini menzahirkan rasa bangga dengan prestasi kewangan kerajaan negeri pada 2021 dan tahun sebelumnya yang menunjukkan pengukuhan dan berdaya tahan walaupun dalam ekosistem ekonomi yang lebih mencabar akibat pandemik COVID-19.
Sultan Muhammad V bertitah pada pengamatan baginda, kerajaan Kelantan menerusi dasar kewangan yang komprehensif telah berjaya mengawal perbelanjaan mengurus berdasarkan keutamaan perbelanjaan yang akan memberi impak terus kepada rakyat melalui projek berpaksikan rakyat seperti pembinaan atau pembaikan Rumah Dhuafat, bantuan Al-Musa'adah dan Rumah Mampu Milik di Daerah Badang.
"Di kesempatan ini, beta ingin menzahirkan dan merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan beta kerana telah berjaya mencapai prestasi Akaun Semasa Kerajaan Negeri Tahun 2021 dengan mencatat lebihan RM47.61 juta yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.17 juta atau lebih 4.77 peratus berbanding tahun 2020.
"Pencapaian ini telah dicatatkan selama lima tahun berturut-turut," titah baginda.
Sultan Muhammad V bertitah demikian dalam Titah Ucapan Diraja yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di sini hari ini.
Sultan Muhammad V bertitah peningkatan perbelanjaan pembangunan setiap tahun melebihi RM152 juta memberikan gambaran bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang bagi perbelanjaan modal untuk kesejahteraan rakyat terutama kepada projek infrastruktur dan kemudahan asas.
"Pembangunan infrastruktur yang sempurna merupakan nadi kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negeri. Beta menaruh harapan dengan adanya pembinaan seperti Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai, Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) dapat mewujudkan rangkaian lebuh raya menyeluruh yang bertindak sebagai tulang belakang kepada sistem pengangkutan Wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia," titah baginda.
Sultan Muhammad V turut berharap agar kerajaan dapat memperkasakan usahawan-usahawan dalam kategori perniagaan dari rumah dan mikro dengan menyediakan lebih banyak bantuan seperti bantuan peralatan, kursus bimbingan dan khidmat nasihat.
"Para belia digalakkan mengambil peluang yang ada dengan perkembangan teknologi berasaskan Internet sebagai platform niaga.
"Sehubungan dengan itu, beta berharap penubuhan Perbadanan Digital Kelantan akan dapat memacu pertumbuhan industri ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan digital pada masa yang sama dapat membantu golongan usahawan ini mengembangkan perniagaan mereka," titah baginda.
Persidangan bersambung 9 pagi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Sultan Muhammad V bertitah peningkatan perbelanjaan pembangunan setiap tahun melebihi RM152 juta memberikan gambaran bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang bagi perbelanjaan modal untuk kesejahteraan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia cadang wujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura
Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Sultan Muhammad V seru kerajaan Kelantan beri penekanan pengurusan bencana
Kerajaan Negeri Kelantan digesa menekankan kepentingan mewujudkan mekanisme pengurusan banjir yang menyeluruh berikutan negeri berkenaan sering dilanda bencana alam itu.

Sultanah Kelantan dahului senarai 769 penerima darjah kebesaran, pingat Kelantan
Baginda dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK).

Guna kepala surat Istana Kelantan, 4 individu ditahan
Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 45-70 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen pada 3 Oktober lepas.

Kemunculan pertama Sultanah Kelantan
Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah berkenan, hari ini menerima menghadap Pertubuhan Kerabat DRaja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.

Sultan Kelantan berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai isteri baginda
Sultanah Kelantan membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Sultan Kelantan berkenan sertai majlis korban, sembelih dua ekor lembu
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Program Majlis Korban Jama'ie MAIK.

Sultan Kelantan zahir rasa bangga prestasi kewangan negeri
Kerajaan Kelantan menerusi dasar kewangan yang komprehensif telah berjaya mengawal perbelanjaan mengurus berdasarkan keutamaan perbelanjaan.

Sultan Muhammad V titah rakyat Kelantan terima vaksinasi
Ia supaya negeri Kelantan berjaya mencapai imuniti kelompok (suntikan vaksin 80 peratus) pada 30 September 2021 seperti yang dirancang.

Sultan Kelantan harap kadar pemberian vaksin dipercepat
Baginda menzahirkan hasrat berkenaan agar rakyat negeri ini dapat mencapai imuniti kelompok.

Istana Balai Besar, Kelantan dibuka kepada rakyat untuk pemberian vaksin
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, di sini, dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19.